Pertemuan pertama Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi bersama warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan agensi di Majlis
Amanat Tahun Baharu 2023.
Hampir 600 kakitangan kementerian hadir di
Dewan Seri Lestari, malah ada yang mengikuti Majlis Amanat Tahun Baharu ini
menerusi FB langsung.
Berikut intipati amanat Ahmad Zahid di
bawah tajuk Pembaharuan, Pengislahan Kementerian dan Tanggungjawab Semua
Setiap Kementerian mempunyai garis
panduan dasar dan tradisi mekanisme sistem penyampaian kepada rakyat dan pihak
awam.
Bagi memastikan proses pembaharuan (renewal)
maka akan dilakukan beberapa penambahbaikan dan modifikasi di agensi-agensi
Kementerian Kemajuan Desa dan Luar Bandar.
Pengislahan ini penting bagi memastikan
setiap program dan pelaksanaan benar-benar memberikan impak kepada masyarakat
dan negara.
Keberkesanan perbelanjaan Kementerian
bukan hanya diukur daripada jumlah dibelanjakan, akan tetapi impak pencapaian
itulah yang paling penting dan diutamakan.
Beberapa langkah praktis atau hands on
untuk melihat pelbagai dimensi dan perspektif untuk memastikan transformasi
berlangsung dengan jayanya di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Aspek koordinasi kalangan agensi yang
terdapat di KKDW dengan NADMA juga akan dilakukan terutamanya dalam konteks
tertentu seperti memperbaiki bukan hanya infrastruktur yang rosak malah turut
membantu rumah-rumah yang terlibat dalam bencana.
Lebih daripada itu perancangan masa depan
yang lebih strategik untuk melakukan mitigasi terhadap permasalahan yang
berlaku setiap kali ada monsun timur laut atau barat lain.
Di sinilah Kementerian semakin bertambah
relevan untuk rakyat dan negara. Pada masa yang sama juga perlu ditegaskan
bahawa kerajaan negeri juga harus mengambil pertanggungjawaban untuk membantu
rakyat kerana telah mendapat kejayaan 100 peratus kerusi parlimen di negeri
tersebut.
Maka mereka harus menterjemahkan sokongan
rakyat terhadap mereka dengan memberikan bantuan sepenuhnya sesuai dengan
sokongan yang diberikan agar dapat dibuktikan janji kempen PRU mereka lalu
tersebut bukanlah suatu retorik politik semata-mata dan hanya memainkan
sentimen etnik dan agama.
No comments:
Post a Comment