Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
dipecat keahlian partinya serta-merta.
Pemecatan berkuat kuasa 13 Februari 2026 kerana tindakan
beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU.
Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa Hamzah dipecat
hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5.
Surat pemakluman itu ditandatangani Pengerusi Lembaga
Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.
Bagaimanapun, Hamzah masih mempunyai hak untuk mengemukakan
rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis berkenaan.
Terdahulu media melaporkan, desakan dari dalam Bersatu
supaya Hamzah dipecat semakin meluas apabila Sayap Bersekutu parti itu turut
menuntut tindakan serupa diambil terhadap Timbalan Presiden berkenaan.
Desakan itu disuarakan menerusi satu memorandum kepada
Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli-ahli MPT yang ditandatangani
seramai 16 pemimpin Sayap Bersekutu Pusat dan negeri.

No comments:
Post a Comment