Kerosakan atau hilang
fungsi kemudahan awam menyebabkan banyak pihak menanggung kerugian, bahkan
mendatangkan bahaya. Perbuatan itu perlu dihentikan segera sebelum merebak
menjadi satu budaya yang merugikan semua pihak.
Negara berusaha
melahirkan modal insan yang menyumbang tenaga ke arah memajukan negara,
bukannya mendatangkan beban kepada negara.
Usaha mendidik rakyat menghargai
setiap kemudahan yang disediakan perlu ditingkatkan selari dengan kejayaan
negara menyediaan infrastruktur kelas pertama.
Dari segi fizikal,
negara telah berjaya menyediakan infrastruktur kelas pertama, tetapi sayangnya mentaliti
rakyat tidak selari dengan pencapaian itu.
Amat merugikan infrastruktur
kelas pertama yang disediakan dimusnahkan oleh vandalisme. Golongan yang hanya
layak dikatakan mempunyai mentaliti kelas ketiga tidak dapat menghargai
infrastruktur kelas pertama.
Usaha pencegahan dan
pengawasan yang mapan dan konsisten terhadap kemudahan yang disediakan akan
menyelamatkan rakyat daripada berhadapan dengan pelbagai implikasi negatif yang
mungkin timbul akibat perbuatan vandalisme.
Kaedah menanganinya
perlu diperbaiki dengan memastikan undang-undang dan peraturan yang ketat
dilaksanakan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku.
Di negara lain, individu
yang terlibat merosakkan kemudahan awam dikenakan hukuman tegas. Mereka tidak
terlepas dikenakan hukuman dan tidak berpeluang mengulangi perbuatan tidak
bertanggungjawab itu.
Sikap rakyat yang tidak
ambil peduli tentang perkara itu menyebabkan perbuatan vandalisme berleluasa.
Masyarakat hanya menunjukkan sikap ‘marah’ jika ia berkaitan kepentingan diri
sendiri sahaja.
Perubahan minda rakyat
kepada mentaliti kelas pertama menjadi asas penting dalam usaha mengelak
kemudahan awam menjadi mangsa vandalisme.
No comments:
Post a Comment