Jepun wilayah yang
terhad. Kira-kira 80 peratus kawasan negara Jepun adalah pergunungan. Aktiviti
pertanian di negara Jepun agak terhad kerana kawasan tidak sesuai untuk bercucuk
tanam. Dalam keterbatasan sumber, Jepun berjaya menjadi kuasa ekonomi dunia
kedua terbesar. Negara Jepun umpama kilang terapung mengimpot bahan mentah dari
serata dunia dan mengekspot kembali hasil perkilangan sebagai sumber pendapatan
utama negara.
Di negara Switzerland
tidak ada kawasan tanaman koko. Namun, hebatnya Switzerland menjadi pengeluar coklat
terbaik dunia. Dalam wilayah kecil negara Switzerland, kawasan tanah pertanian
dan penternakan hanya mampu dikerjakan selama empat bulan sahaja setahun.
Selebihnya negara tersebut diliputi salji atau cuaca yang tidak sesuai untuk
pertanian. Namun, hebatnya Switzerland mampu mengeluarkan produk tenusu yang
paling bagus. Switzerland sebuah negara kecil mempunyai imej keselamatan
tertinggi hingga menjadikannya bank di negara tersebut paling diyakini penduduk
seluruh dunia.
Jika diteliti dan
dikaji, kejayaan kedua-dua negara tersebut bergantung kepada nilai tinggi
prinsip hidup rakyatnya. Warganegara di negara tersebut menjunjung tinggi
prinsip hidup masyarakat tamadun.
Prinsip atau rukun
hidup yang diamalkan adalah:
- Etika sebagai
prinsip asas.
- Berintegriti.
- Bertanggungjawab.
- Hormat pada undang-undang dan peraturan.
- Hormat kepada hak majoriti rakyat.
- Cinta pada pekerjaan/bekerja.
- Berusaha untuk menyimpan dan melabur.
- Ada kesanggupan untuk bekerja dan menjadi produktif.
- Menepati masa.
- Berintegriti.
- Bertanggungjawab.
- Hormat pada undang-undang dan peraturan.
- Hormat kepada hak majoriti rakyat.
- Cinta pada pekerjaan/bekerja.
- Berusaha untuk menyimpan dan melabur.
- Ada kesanggupan untuk bekerja dan menjadi produktif.
- Menepati masa.
Segala asas dan
prinsip itu sebenarnya menepati apa yang diajar oleh Islam. Namun, di kalangan
umat Islam sendiri tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh ajaran Islam.
Negara umat Islam sebenarnya kaya dengan sumber minyak dan
sumber-sumber lain. Negara Islam berpotensi maju dan mengawal ekonomi dunia.
Namun, sikap tidak mematuhi tuntutan agama, peluang yang tersedia tidak
dimanfaatkan sepenuhnya. Malangnya, umat Islam menjadi umat termundur dan
miskin.
No comments:
Post a Comment