Monday 27 March 2023

SAMBUTAN MANTAI DI NEGERI SEMBILAN

 
Setiap tempat ada tradisi masing-masing dalam menyambut sesuatu perayaan atau hari istimewa. Kalau di Kelantan, hari sehari sebelum 1 Ramadan, diadakan majlis “mege” (pegang) puasa yang mana penduduk akan melakukan sesuatu aktitiviti atau jamuan yang mana tidak akan dapat dilakukan lagi pada sepanjang bulan Ramadan atau ia sekadar “memberitahu” bahawa esok akan puasa.

Aktiviti yang diadakan tidak khusus dan tidak pula diadakan secara besar. Bahkan ada yang membersih laman rumah pun dianggap mege puasa.

Satu lagi masyarakat yang mengadakan acara sambut ketibaan Ramadan ialah mantai. Sambutan mantai dilakukan masyarakat di Negeri Sembilan, terutama di beberapa daerah termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol dan Tampin.

Mantai dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam melapah daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan ataupun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Mantai bukan sahaja melapah daging, tetapi juga termasuk memasak dan mengadakan jamuan untuk ahli keluarga. Masakan Negeri Sembilan, terutamanya rendang menjadi hidangan utama semasa sambutan mantai.

Budaya mantai masih diamalkan dan menjadi satu kebanggaan masyarakat yang mengamalnya. Ia disambut meriah biarpun sederhana. Anak-anak yang berada jauh di perantuan akan kembali untuk menyambut mantai bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment