Wednesday 25 October 2023

SEJARAH LAHAD DATU TEMPAT ORANG KENAMAAN

 
Daerah Lahad Datu sinonim dengan tragedi pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo pada 11 Febuari 2013. Pencerobohan itu mengakibatkan 12 perwira negara negara terbunuh dan menyebabkan kematian 56 pengganas dan enam orang awam. Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
 
Namun, hakikat sebenar daerah Lahad Datu yang terletak di dalam bahagian Tawau adalah kawasan selamat dan aman. Malah, bandar Lahad Datu pesat membangun dan kini berstatus bandar keempat terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
 
Bandar Lahad Datu terletak kira-kira 400 kilomter dari Kota Kinabalu dan dari Tawau sejauh 150 kilometer. Pekan terdekat ialah pekan Kunak yang terletak kira-kira 60 kilometer.
 
Perkataan “lahad datu” berasal daripada bahasa Bajau, iaitu “lahad” yang bererti tempat dan “datu” yang membawa makna orang-orang kenamaan pada zaman dahulu. Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan datu dari kerajaan Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.
 
Mengikut bahasa Idahan pula, iaitu satu kaum peribumi daerah ini, Lahad Datu dahulunya diberi nama “Kerugau”, yang bererti batu karang bertompok-tompok di merata pantai bermula dari Kunak hingga ke Membatu.
 
Bentuk geografi Lahad Datu semula jadi Teluk Darvel banyak membantu usaha kerajaan dari segi ekonomi di Sabah. Keistimewaannya sebagai pelabuhan yang selamat dari sebarang ancaman bencana alam kerana terlindung oleh Pulau Sakar.
 
Islam adalah agama anutan majoriti penduduk Lahad Datu. Agama-agama lain ialah Buddha, Kristian dan Sikh. Dua masjid utama di Lahad Datu ialah Masjid ar-Rahman dan Masjid Raya.

Sejarah Lahad Datu tempat orang kenamaan

Masjid ar-Raudah Bandar Lahad Datu 

Masjid Raya Bandar Lahad Datu 

No comments:

Post a Comment