Wednesday 25 October 2023

MASJID RAYA BANDAR LAHAD DATU

 
Majoriti penduduk bandar Lahad Datu beragama Islam. Jadi, masjid adalah antara institusi terpenting bagi umat Islam. Justeru, di bandar Lahad Datu terdapat beberapa buah masjid utama yang berfungsi sebagai pusat aktiviti umat Islam dalam melaksanakan ibadat dan aktiviti keagamaan lain.
 
Salah satu masjid utama di bandar Lahad Datu ialah Masjid Raya Lahad Datu, Jalan Tengah Nipah, Kampung Pancuran.
 
Masjid Raya atau dikenali Masjid Kampung Pancuran atau nama lain juga dikenali Masjid Atas Bukit merupakan salah sebuah masjid tertua yang terletak di dalam kawasan bandar Lahad Datu.
 
Masjid ini memang terkenal di kalangan penduduk Lahad Datu kerana kedudukannya di dalam bandar yang senang dikunjungi terutama penduduk bandar dan mereka yang berurusan di bandar Lahad Datu.
 
Sebuah lagi masjid utama di bandar Lahad Datu ialah Masjid ar-Raudhah yang juga menjadi Masjid Daerah atau masjid utama. Masjid ar-Raudhah terletak di Jalan Pantai, yang juga tidak berapa jauh dari pusat bandar Lahad Datu.
 
Masjid ar-Raudhah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 13 Jan 2019 itu berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
 
Ia dianggap masjid baharu berbanding Masjid Raya yang lebih dikenali dan banyak menyimpan kenangan pengunjung yang pernah singgah dan bersembahyang di masjid berkenaan.

Asal Lahad Datu tempat orang kenamaan

Masjid ar-Raudah Bandar Lahad Datu 

Masjid Raya Bandar Lahad Datu 

No comments:

Post a Comment