Wednesday 25 October 2023

MASJID AR-RAUDHAH BANDAR LAHAD DATU

 
Masjid ar-Raudhah bandar Lahad Datu terletak di Jalan Pantai merupakan Masjid Daerah Lahad Datu. Masjid yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 13 Jan 2019 itu berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
 
Masjid ar-Raudhah terletak tidak jauh dari bandar Lahad Datu itu menjadi masjid utama bagi penduduk Islam di sekitar daerah Lahad Datu.

Masjid Ar-Raudhah Lahad Datu merupakan tempat umat islam di sekitar Lahad Datu menunaikan ibadah seperti solat farhu, solat sunat hari raya dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan,

Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan di masjid ini selain daripada ruang solat utama iaitu seperti dewan, bilik mesyuarat dan lain-lain lagi.

Ia menjadi lokasi persinggahan mereka yang melakukan perjalanan dari Tawau untuk menuju ke Sandakan, mahupun tempat lain yang lebih jauh perjalannya seperti Ranau dan Kota Kinabalu.
 
Lahad Datu terletak kira-kira 150 kilometer dari Tawau, Sandakan (170 kilometer), Ranau (300 kilometer) dan sejauh 400 kilometer dari Kota Kinabalu. Jadi, amat sesuailah bagi sesiapa menjadikan Masjid ar-Raudhah untuk menunaikan solat dan berehat seketika.
 
Terdapat kawasan tempat letak kenderaan yang luas dan kedai makan beroperasi di kawasan masjid memudahkan musafir menikmati menu ringan.

Asal Lahad Datu tempat orang kenamaan

Masjid ar-Raudah Bandar Lahad Datu 

Masjid Raya Bandar Lahad Datu 

 


No comments:

Post a Comment