Keputusan
membeli dan mengguna perlu diutamakan agar tidak menanggung kerugian akibat
sikap mudah percaya kepada iklan.
Sering
kali pengguna akan berbelanja lebih semasa tawaran hebat. Sikap ini berpunca
tidak mahu melepaskan peluang itu. Potongan harga yang diberikan dalam
peratusan yang besar dan tawaran barang percuma dirasakan rugi jika tidak
direbut.
Sepatutnya
pengguna perlu menilai sebarang tawaran dengan teliti. Hal ini demikian kerana
didapati kebanyakan barang yang diberi potongan harga istimewa keadaan
kualitinya tidak elok, barang stok lama, fesyen lama, barang cacat dan hampir
tamat tempoh.
Biasanya
barang jenama terkenal yang dikawal mutunya tidak akan diberi tawaran istimewa.
Jika ada tawaran potongan harga diberikan, ia hanya dalam peratusan kecil.
Bahkan kebanyakan barang berjenama tidak ada potongan langsung.
Dengan
kata lain, pengguna perlu berhati-hati apabila ingin merebut atau menerima
sesuatu tawaran yang didakwa istimewa. Ingatlah, apalah gunanya mendapat
potongan harga yang tinggi sendangkan kualiti barang amat rendah. Mungkin ia
boleh mendatangkan bahaya kepada penggunanya.
Renungkan
sejenak kata orang-orang tua, biar kalah membeli asalkan menang memakai.
Kata-kata itu menasihatkan kita agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran
murah.
Justeru,
janganlah mudah terpengaruh dengan iklan. Jadilah seorang pengguna yang bijak
menilai sesuatu iklan. Gunakan iklan sebagai penduan membuat pilihan dan
mendapat maklumat mengenainya dan bukannya menjadi mangsa kepada iklan.
No comments:
Post a Comment