Perbuatan menghina tanda runtuh dan rosaknya akhlak. Ini bermakna kita gagal mengikuti sunah Nabi yang mementingkan kesempurnaan akhlak.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.” (Hadis riwayat Ahmad)
Tidak perlulah kita berasa seronok dengan kekurangan dan kelemahan orang. Sama ada seseorang itu gemuk, cacat, sumbing, sengau, pekak, bisu dan sebagainya, itu dah memang ditentukan oleh Allah SWT.
Firman ALLAH SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum yang mempermain-mainkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dipermaikan itu lebih baik daripada mereka, dan jangan pula ada golongan perempuan yang mempermain-mainkan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat, ayat 11)
Bagi mereka yang terlanjur mempersendakan fizikal orang lain, mohon maaflah secara peribadi kepada individu berkenaan atau keluarga tersebut.
Jika penghinaan itu pernah tular di laman sosial media sosial, buatlah juga permohonan maaf melalui platform berkenaan.
No comments:
Post a Comment