Firman Allah SWT mengenai pengharaman babi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Baqarah:173)
Masalah
ternakan babi yang ketara ialah soal kebersihan. Mana-mana kawasan penternakan
babi di Malaysia berdepan dengan masalah kebersihan dan bau busuk. Ia
mengganggu ketenteraman orang ramai. Hal ini lebih-lebih lagi melibatkan isu
agama dan kaum.
Justeru, isu ini sering dibangkitkan tetapi reda apabila wujudnya
’persefahaman’ antara yang terlibat.
Untuk menghadapi masalah tersebut, dicadangkan projek penternakan babi bersepadu di mana semua proses berkaitannya dilakukan di satu kawasan, seperti penternakan dan penyembelihan.
Tahun 2008 dulu heboh dengan projek penternakan babi berskala besar melibatkan kos lebih 100 juta ringgit yang diluluskan kerajaan negeri Selangor. Tidak pasti pula perkembangan projek tersebut.
Apapun, perladangan babi secara kecil-kecilan wajar dihentikan. Para penternak berkenaan perlu dibimbing supaya memilih ternakan yang kurang risiko kepada alam sekitar selain ia tidak menjejaskan sensitiviti kaum dan agama di negara ini.
Singapura telah pun berbuat demikian. Walaupun majoriti penduduknya orang Cina, mereka memilih untuk mengimport daging itu. Ia sudah tentu mengambil banyak pertimbangan, antaranya sudah pasti soal ancaman kepada alam sekitar.
Sebenarnya,
risiko ladang babi, sama ada berskala besar dan moden ataupun yang diternak
secara kecil-kecilan, terhadap alam sekitar amat tinggi berbanding ternakan
haiwan lain. Bezanya, ternakan secara moden lebih terkawal.
No comments:
Post a Comment