Monday, 4 January 2021

JENIS KETAM KAYU

Salah satu alat pertukangan ialah ketam. Ketam sejenis alat untuk melicinkan kayu. Ada beberapa jenis ketam yang digunakan untuk tujuan berbeza seperti ketam betina, ketam lidah, ketam panjang, ketam golek, ketam pangkas, ketam pelicin dan lain-lain. 
 
Ketam mempunyai mata pisau yang agak lebar, boleh ditukar dan disesuaikan dengan permukaan kayu. Ia digunakan untuk melicin permukaan kayu atau papan. 
 
Antara jenis ketam ialah ketam bunga, dan ketam cuci. Ketam bunga atau juga dipanggil ketam perapat atau ketam jantan. Ketam ini adalah yang terpanjang. Ia digunakan untuk merata dan melicinkan bahagian tepi kayu bagi pembinaan tanggam temu dan tanggam pasak. 
 
Terdapat pelbagai bentuk ketam bunga atau komoi (loghat Kedah). Ketam ini digunakan untuk membuat berbagai-bagai bentuk bunga pada bingkai, hiasan pada papan cantik dan bunga-bunga pada bucu-bucu kayu. 
 
Bentuk mata pisau dapat memberi gambaran bentuk bunga yang akan dihasilkan. Ketam cuci pula digunakan untuk melicin bahagian lurah atau alur. Permukaan lurah yang licin dapat menghasilkan sistem tanggam yang lebih kemas dan berkesan.

No comments:

Post a Comment