Kawasan bukit asalnya dipenuhi pokok hutan. Kawasan gunung dan bukit menjadi tempat tadahan hujan yang membekal air bersih di sepanjang sungai sehinggalah ke muara sungai tempat terakhir sebelum mengalir ke luatan luas.
Namun, sekarang banyak bukit telah digodolkan dengan alasan untuk dijadikan kawasan pertanian. Bukit digondolkan sehingga tidak tinggal satu pokok pun.
Kalau untuk tujuan pertanian, sebenarnya banyak lagi kawasan yang telah dibersihkan sebelum ini yang masih belum ditanam dengan pokok seperti yang dirancangkan. Akibatnya, kawasan itu ditumbuhi dengan semak samun dan dibiarkan begitu sahaja.
Hakikatnya, banyak kawasan bukit bukau digondolkan bukan untuk kawasan pertanian, sebalik untuk mendapat hasil balak dengan semaksimun sehingga pokok balak kacil turut ditebang.
Gondolan hutan gunung ini membawa banyak kesusahan kepada penduduk sekitarnya. Selain pencemaran sungai, bekalan air graviti kegunaan harian termasuk untuk minuman dan masakan, tercemar hingga tidak dapat digunakan lagi.
Keadaan itu menyebabkan banyak kawasan tadahan hujan di hutan musnah, manakala bukit bukau menjadi gondol dan terdedah pada cuaca panas dan hujan.
Akibat pencemaran air juga memusnahkan hidup air seperti ikan dan udang. Pihak yang terkesan sudah pasti mereka yang menjadikan sungai sebagai tempat menangkap ikan dan udang.
Air sungai menjadi kuning, berselut dan berlumpur sehinggakan hampir tiada lagi hidupan air seperti kelah, krai, kerinting dan sebarau.
Gambar: Sekadar hiasan. Mungkin sekarang telah berubah.
No comments:
Post a Comment