Sejak
akhir-akhir ini pokok keladi hiasan menjadi kegilaan suri rumah sehingga pihak
nurseri tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan peminat pokok keladi. Dalam
bahasa ekonomi atau pemasaran situasi itu disebut permintaan melebihi
penawaran. Keadaan itu menyebabkan harga meningkat tinggi.
Lakunya
seperti goreng pisang panas. Ada yang dipasarkan melalui media sosial laku atau
dibeli hanya dalam tempoh kurang lima minit apabila dipaparkan. Pembeli tidak
fikir panjang terus membuat pesanan sebelum direbut oleh pembeli lain.
Pokok
keladi hiasan itu lebih dikenali caladium. Kecantikan keladi caladium menjadi
kegilaan ramai apabila tular pelbagai jenis dengan kepelbagaian bentuk, corak,
dan warna daunnya yang sangat beragam.
Terdapat
3 spesis pokok keladi hiasan yang popular ialah caladium humboldtii, caladium lindenii
dan caladium bicolor.
Caladium
secara secara semulajadi tumbuh liar di hutan tropika. Lokasi tumbuhnya antara
lain di pinggir sungai, di bawah pohon besar dan tempat-tempat berongga yang
lembab.
Daun
caladium ada yang berbentuk hati, bulat, panjang, seperti daun bambu, dan daun
ganda. Sedangkan daunnya memiliki warna dasar merah, kuning, hijau, putih,
emas, dan ungu.
Masing-masing
warna memiliki variasi yang berbeza, seperti merah tua, merah terang, merah
pudar, atau merah pucat. Di samping warna dasar, umumnya dalam satu daun
caladium juga terdapat satu atau beberapa warna lain.
Warna
daun caladium yang masih muda umumnya berbeza dengan caladium yang sudah
dewasa. Corak daun caladium ada yang berupa titik, bulat, bergaris, atau bentuk
yang tidak beraturan dengan jumlah dan ukuran yang bervariasi.
Pokok
keladi ini menjadi kegilaan suri rumah kerana ia senang dijaga dan tidak banyak
ragam seperti pokok bunga yang lain.
Namun,
tahukah anda bahawa pokok keladi ini mampu mencecah harga sehingga RM1,000
sepokok? Kalau harga antara RM50 hingga RM100 sepokok itu sudah dikira yang
biasa-biasa.
Tahukah
ada bagaimana harga pokok keladi hiasan ini ditentukan? Antara penentu harga
sesuatu pokok keladi hiasan ditentukan mengikut saiz (makin besar, makin mahal),
jenis yang susah didapati dan jenis yang lain daripada yang lain.
Sekarang
ini pokok keladi yang sering menjadi tumpuan peminat pokok keladi ialah jenis
telinga gajah dan pokok keladi cat.
Caladium
ditanam menggunakan ubi atau umbisi. Untuk menghasilkan banyak benih baharu,
umbisinya boleh dibelah atau dikerat kecil. Setiap keratan itu perlu ada
bahagian yang masih ada kulit yang akan menjadi bahagian mata tunas akan tumbuh
dan seterusnya membesar.
Ukuran
atau luas permukaan yang berkulit itu sekurang-kurangnya 2cm x 1cm.
Caladium
boleh disemai atau ditanam di dalam pasu atau terus di atas tanah. Caladium
memerlukan medium yang gembur dan subur untuk tumbesaran umbisinya.
Pada
peringkat awal memerlukan penyiraman untuk membantu tunas atau anak benih
tumbuh lebih cepat dan subur.
No comments:
Post a Comment