Monday, 30 November 2020

SAWI JEPUN MUDAH DITANAM SEDAP DIMAKAN

Dahulu kita biasa dengar perkataan kereta jepun, kuih jepun, selipar jepun dan penampar jepun. Sekarang ini banyak pula ‘jenama’ jepun diberikan kepada tanaman. Ada sawi jepun, keledek jepun, timun jepun, kacang jepun dan entah apa jepun lagi.

Antara yang semakin terkenal ialah sawi jepun. Sawi jepun merupakan sawi yang tahan dengan cuasa panas dan hujan. Ia boleh ditanam secara hidroponik atau di atas tanah di semua kawasan. Matang pada 25-30 hari selepas disemai. 

Kepada yang berminat hendak tanam sawi jepun tidak sukar untuk mendapatkan benih atau biji sawi tersebut. Banyak peniaga dalam talian yang menjual biji sawi jepun.

Bila dibuat carian di internet, macam-macam terdapat jenis sawi jepun. Rasa keliru juga kerana bentuk setiap satunya agak berbeza. Ada yang mendakwa sawi jepun adalah ‘dwarf pak choy’ dan ‘siow pak choi’. Tengok gambar di atas, kedua-duanya dipanggil sawi jepun.

Satu dapatan carian di internet: Sawi jenis SAWI JEPUN (Brassica campestris sp chinensis) juga dikenali sebagai Siow Pak Choi yang mempunyai saiz agak kecil sekitar 12 - 15 cm sahaja. Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Pemerhatian saya mendapati sawi jepun mempunyai batang yang 'compact' di bahagian pangkal dan agak tirus dibahagian hujungnya. Bentuk dan susunan urat daun sawi jepun tidak prominent dan meruncing dibahagian hujung daun. Sawi ini sering dimasak dengan masakan 'black pepper' berkuah dan dihidangkan di hotel-hotel sebagai hidangan biasa. Potensi hasil sawi jepun 12 - 14 metrik tan sehektar.

Tidak kisahlah mana satu sawi jepun. Yang penting makan sayur-sayuran memang baik untuk kesihatan. Sayur sawi memang digunakan secara meluas di negara kita sama ada dimasak tunggal tanpa dicampur denga sayur lain, atau dicampur bersama bahan lain.

No comments:

Post a Comment