Wednesday, 16 December 2020

BUAH BELUNU RASA MASAM MANIS

Bundu atau belunu adalah satu lagi buah eksotik yang hanya ditemui ketika musim buah. Pokok belunu ditemui di pantai barat dan pedalaman Sabah. Pokoknya berbuah serentak dengan pokok buah bambangan dan buah eksotik lain.

Rasanya masam manis dan biasanya dimakan begitu saja. Namun perlu berhati-hati menghiris isinya jangan sampai terkena biji nanti ‘bunduon’.

Bunduon bagi masyarakat Dusun bermaksud ditimpa penyakit seperti kudis atau timbul ruam di badan selepas memakan buah berkenaan jika terhiris bijinya yang bergetah, namun ia biasanya hanya menimpa mereka yang dipercayai kurang antibodi.

Bundu dikenali sebagai binjai di Semenanjung, tetapi bezanya rasa buah berkenaan di Sabah lebih manis dan mempunyai pelbagai jenis atau varieti seperti bujur dan bulat dengan warna kehijauan atau coklat.

Buah binjai dahulu cukup terkenal. Sebab itu ada tempat dikenali dengan nama binjai. Di sini dinyatakan beberapa kampung menggunakan nama binjai yang terdapat di seluruh negara. Nama ini tidak termasuk ada nama yang dirangkaikan atau digabungkan nama binjai dengan perkataan lain.

Nama kampung yang menggunakan nama binjai ialah Kampung Binjai, Chukai Kemamam, Kampung Binjai Kuala Terengganu, Kampung Binjai Bayan Lepas, Kampung Binjai Kuala Dungun, Kampung Binjai Tumpat, Kampung Binjai Pasir Mas, Kampung Binjai Kota Bharu, Kampung Binjai Pengkalan Chepa, Kampung Binjai Padang Rengas, Kampung Binjai Alor Gajah, Kampung Binjai Perlis, Kampung Binjai Kuala Lipis dan Kampung Binjai Pokok Sena.

Sekarang nama buah binjai jarang dikenali ramai. Binjai telah dikategorikan buah nadir atau jarang ditemui.

Pokok buah binjai (mangifera caesia) merupakan dari jenis kumpulan yang sama dengan dengan buah bacang atau macang (mangifera foetida) dan kuini dan buah lain dalam kategori buah mangga. Sebab itu secara amnya kedua-dua buah tersebut mempunyai banyak persamaan.

Buah binjai berbeza dari segi saiz, warna kulit dan memiliki rasa manis, masam manis, masam serta lemak manis. Pokok binjai berbuah ikut musim iaitu setahun sekali.

Buah binjai biasanya dimakan dengan dicicah garam dan gula bercampur kicap mahupun cuka. Buah binjai juga dijadikan sebahagian dari perasa dalam masakan terutama sambal tumis yang sangat enak. Buah binjai juga sering dijadikan jeruk agar dapat disimpan lama kerana buahnya tidak tahan lama.

Pokok binjai merupakan pokok saka berbatang lurus dan boleh mencapai ketinggian sehingga lebih 30 meter tinggi dan berkanopi berbentuk bulat. Semua bahagian pokok akan mengeluarkan getah berwarna keputihan yang tajam dan menggatalkan apabila batangnya ditakek atau dilukai. Getah ini akan membeku dan menghitam setelah kena udara untuk tempoh tertentu.

Batangnya bulat mempunyai kulit tebal berwarna coklat kelabu dengan beralur-alur semakin pokok jadi tua. Batang pokok binjai yang cukup tua dan besar boleh dijadikan kayu keras untuk pembinaan rumah dan perabot.

Buahnya berisi putih susu, berserat atau hampir tidak berserat dan mengandungi air yang banyak serta mengeluarkan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis.

Buah binjai yang manis dimakan segar manakala buah masam dibuat jeruk atau dimasak dengan sambal. Buah binjai yang masih muda biasanya tidak boleh dimakan kerana isinya yang tajam dan menggatalkan.

Rasanya yang masam manis, dengan aroma harum menusuk sudah cukup membuatkan penggemarnya kecur air liur apatah lagi  jika dibuat sambal atau jeruk.

Buah binjai yang muda lazimnya berwarna kehijauan ketika putik dan akan bertukar kepada warna coklat kelabu atau warna coklat kekuningan apabila masak. 

Bentuk buah binjai berbagai mengikut varirti. Kebanyakannya berbentuk lonjong dan bujur telur.  

Buah binjai berukuran 12-15 cm panjang dan ukurlilit 6-7 cm mempunyai kulit nipis yang lembut dan mudah pecah apabila cukup matang atau jatuh dari pokok yang tinggi. 

Buah binjai yang baru gugur boleh tahan kira-kira seminggu. Untuk menjaga kualiti buah dan boleh disimpan lebih lama, ada orang sanggup memanjat pokok binjai untuk memunggut buahnya.

Isi binjai berwarna putih krim susu, lembut dan mempunyai serat atau ada yang tidak berserat langsung bergantung kepada spesis.

Rasa isi buah binjai daripada yang betul-betul masam, sederhana masam dan ada juga yang manis.

Buah binjai yang telah masak mengeluarkan bau yang kuat sehingga boleh dihidu dari jarak yang agak jauh. Ada orang yang tidak tahan dengan baunya yang terlalu kuat. Biarpun diletakkan di bahagian letak barang kereta, baunya boleh merebak ke seluruh bahagian kereta. 

Berbanding buah bacang, buah binjai lebih diminati kerana rasanya masam-masam manis. Ramai wanita mengandung yang mengidam ingin makan buah binjai. Baunya mudah menarik minat orang ramai untuk menikmati rasanya.

Buah binjai kembali mendapat sambutan apabila pemasarannya lebih meluas dan strategik setiap kali musimnya sehingga bekalan tidak dapat memenuhi permintaan.

3 comments:

  1. jika ada bekalan hubungi saya
    +6593221238

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete
  3. Saya juga mau jika ada biji benih nya hp 60196998869

    ReplyDelete