Pihak
yang membantah pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menganggap satu
tindakan zalim terhadap rakyat dan ia dianggap satu maksiat.
Mereka
mencari hujah untuk menyokong pendangan mereka. Antara yang dikemukakan ialah mengemukakan
maksud zalim. Pada sudut bahasa zalim atau az- zhulmu bermakna meletakkan
sesuatu bukan pada tempatnya.
Manakala
zalim itu juga diertikan sebagai perbuatan atau tindakan menggunakan milik
orang lain tanpa hak. Al Jurjani mengatakan dari Mausu’ah Akhlaq Durarus
Saniyya akan kezaliman itu juga satu bentuk maksiat.
“Zalim itu bermakna melalui jalan kebenaran
hingga masuk kepada kebatilan,.. dan ia adalah maksiat (menyimpang). Disebut
oleh sebahagian ahli bahasa bahwa zalim adalah menggunakan milik orang lain,
dan melebihi batas.” (Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyyah)...
Meletakkan
pemimpin dan kerajaan bukan pada tempatnya, bukan pada haknya ia juga satu
bentuk kezaliman.
Pelantikan
Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan menyalahi Perlembagaan Persekutuan. Tiada satu
perlanggaran mana-mana Perkara Perlembagaan, sebaliknya ia menepati semua
peruntukan Perlembagaan.
Muhyiddin
dilantik dan diletakkan pada tempat yang betul mengikut lunas Perlembagaan.
Selaras
dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh
melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang Baginda
berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan rakyat.
Biarpun pemilihan seseorang individu untuk menggalas jawatan Perdana Menteri tertakluk kepada sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri, ia masih memerlukan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
Biarpun pemilihan seseorang individu untuk menggalas jawatan Perdana Menteri tertakluk kepada sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri, ia masih memerlukan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
Dalam
melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa layak
menjadi Perdana Menteri, Baginda telah melakukan apa yang sepatutnya.
Justeru,
sesiapa mempertikaikan keputusan Baginda, boleh dianggap sebagai durhaka dan
tidak berpijak pada kebenaran.
Pihak
tidak berpuas hati mentafsir apa yang berlaku sebagai 'ghasb' iaitu merampas hak
orang lain secara zalim. Ghasb secara bahasa diertikan dengan mengambil sesuatu
secara zalim. Sedangkan menurut istilah fuqaha adalah mengambil dan atau
menguasai hak orang lain secara zalim dan aniaya dengan tanpa hak.
Siapa
yang merampas sebenarnya? Jawatan Perdana Menteri kosong apabila Tun Mahathir
Mohamed meletak jawatan. Mengisi kekosongan tidak boleh dianggap sebagai
merampas. Jawatan itu kosong dan tidak dimiliki oleh sesiapa.
Ghasb
adalah satu perbuatan yang zalim lagi haram. dengan mengambil hak orang lain
secara bathil.. Allah SWT berfirman bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.” (Surah
An Nisa, ayat 29)
Perkataan
'batil' bermaksud tidak benar, palsu. Keadaan ini tidak berlaku dalam pelantikan
Muhyiddin. Ia dilakukan secara benar dan sah. Maka tidak berlaku sebarang bentuk
kezaliman
Berdasarkan
kepada proses pelantikan Muhyiddin berlaku secara mengikut Perlembagaan, tiada rampasan
kuasa dan dilakukan secara benar serta sah, maka tiada wujud kezaliman dan maksiat
telah dilakukan.
Maksiat
sebenar dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dan terus mengadu domba rakyat
agar membenci kerajaan yang dibentuk pasca kemelut politik negara akibat peletakkan
jawatan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir.
No comments:
Post a Comment