KLIA Transit ialah sebuah perkhidmatan kereta api komuter yang
menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan KLIA 2.
Perkhidmatan ini merupakan salah satu daripada dua perkhidmatan dikendalikan
Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL). Satu lagi disediakan ERL ialah KLIA
Ekspress. Kedua-dua perkhidmatan ini menggunakan landasan yang sama, beza hanya
pada stesen hentian.
KLIA Ekspres menyediakan perkhidmatan terus dari KL Sentral
terus ke KLIA. Sedangkan KLIA Transit berhenti di semua stesen di sepanjang
laluan. Perkhidmatan komersil pertama KLIA Transit bermula pada 1 Jun 2002.
Terdapat enam stesen yang dioperasi oleh KLIA Transit.
Stesen tersebut adalah, dari utara ke selatan: KL Sentral, Bandar Tasik
Selatan, Cyberjaya/Puterajaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA 2.
Perjalanan sejauh 57 kilometer dari KL Sentral ke KLIA hanya
mengambil masa 38 minit menggunakan KLIA Transit.
ERL adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporatian
Berhad, Lembaga Tabung Haji dan dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan
masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%.
Kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada
syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia
sistem dan perkhidmatan landasan kereta api (rel) penghubung Kuala Lumpur-KLIA.
Kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan Mei 1997 dan siap
lima tahun kemudian. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak
RM2.4 bilion.
No comments:
Post a Comment