Thursday 10 October 2024

SK PULAU MABUL, SEMPORNA

 
Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mabul, Semporna, Sabah adalah manifestasi betapa pentingnya pendidikan disediakan kepada setiap kanak-kanak, tidak kira di mana mereka tinggal. 

SK Pulau Mabul terletak di Pulau Mabul, pulau peranginan terkenal di Semporna, Sabah. Pejalanan menggunakan bot biasa mengambil masa kira-kira empat jam meredah lautan luas. Jika menggunakan bot laju, masanya dapat disingkatkan sekitar hanya satu jam sahaja.
 
Pulau Mabul hanya berkeluasan kira-kira 20 hektar. Kebanyakan rumah dibina di atas permukaan laut atau dikenali kampung air. Namun, SK Pulau Mabul terletak di bahagian darat.
 
SK Pulau Mabul diasaskan pada tahun 1986 menyediakan pendidikan kepada anak-anak penduduk di pulau berkenaan. Biarpun, terletak jauh dari dataran utama, pelajar di sekolah berkenaan mendapat pendidikan dan menjalani aktiviti seperti mana pelajar-pelajar di sekolah lain.
 
Aktiviti pembelajaran akademik dan kokurikulum berjalan sepertimana ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Pelajar juga dibawa untuk menyertai pelbagai aktiviti melibatkan dengan pelajar sekolah lain di Semporna, mahupun di seluruh Sabah mengikut keperluan.
 
Dengan kata lain, pelajar di SK Pulau Mabul tidak tersisih atau ketinggalan dalam menggapai kecemerlangan di dalam pelajaran mahupun sosial.
 
Pada 2024, SK Pulau Mabul mempunyai 192 orang murid dan 15 orang guru, Guru besarnya, Cikgu Mansor.bin Ureh.



1 comment: