Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan
Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qatie yang mengharamkan manusia memakan
belangkas.
Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup
di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan
satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak
boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan jumhur ulama yang menyatakan bahawa
haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air
adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan
daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Sedikat
meklumat mengenai belangkas.
Belangkas sejenis
haiwan hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah
ditangkap di tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas dari famili
Limulidae.
Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas
dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi
tentera, tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan
tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggota yang
putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan menakjubkan.
Daging dan telur belangkas dikopek dari cengkerangnya sebelum dimasak. Biasanya
dibuat gulai asam pedas dan masak lemak.
No comments:
Post a Comment