Sembahyang
lima waktu wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan, termasuk ketika sakit
mengikut keadaan dan kemampuan masing-masing.
Ketika
mendapat rawatan di dalam wad di hospital, ibadat sembahyang tetap perlu
ditunaikan. Ada kaedah atau cara tertentu yang perlu diikuti.
Cara
bersembahyang ketika sakit tidak sukar. Ini termasuklah mereka yang tidak boleh
berdiri mahupun duduk.
Ketika
sakit, bersembahyang secara baring pun boleh.
Memandangkan
bersembahyang secara baring kelihatan seumpama dalam dalam keadaan tidur atau
berehat, maka doktor dan jururawat sering keliru atau tidak tahu bahawa pesakit
itu sedang bersembahyang, melainkan ada orang lain beritahu.
Jadi,
untuk mengelak kekeliruan tersebut sehingga mengganggu pesakit yang sedang
bersembahyang sehingga boleh membatalkan sembahyang jika jururawat wanita menyentuh
pesakit lelaki atau petugas lelaki menyentuh pesakit wanita, maka elok diadakan
pelekat yang tertulis menyatakan pesakit sedang bersembahyang.
Pelekat
seperti di dalam gambar adalah cara yang terbaik. Ia sama ada disediakan oleh
pesakit atau ahli keluarga sendiri, dan mungkin sesuai disediakan oleh pihak
hospital untuk digunakan bagi pesakit yang memerlukan.
Semoga
perkara ini tidak dianggap remah, kerana sembahyang adalah perkara penting
dalam kehidupan kita, biarpun ketika mendapat rawatan di hospital.
No comments:
Post a Comment