Monday 26 July 2021

KEMELUT DOKTOR KONTRAK

Kita faham di saat pandemik yang sukar ni semua orang pun susah, semua pun terkesan dan emosi pun tersangat-sangat koyak dan mental menjadi terlalu stress.

Tapi etika seorang penjawat kesihatan apabila kita mengangkat sumpah menjadi seorang Doktor adalah “do no harm” dan kita tidak akan sesekali meninggalkan medan perjuangan kita begitu sahaja.

Saya tabik pada semua Doktor yg masih bertabah dan sabar dengan dugaan yang mereka hadapi ketika ini. Bagi yang dah terlalu penat dan nak mogok atau lari dari medan perjuangan itu adalah hak anda dan tiada siapa pun yang dapat melarang tapi satu yang anda semua perlu belajar mengapa perkara ini berlaku.

Pengalaman saya bersama KKM lebih 10 tahun jujur saya bagitahu sungguhpun idea pegawai perubatan kontrak ini bermula katanya pada Disember 2016 tapi jangan kita lupa polisi zaman BN adalah antaranya yang memberi anda laluan kerjaya yang sangat gemilang.

Gaji pegawai perubatan dinaikkan, doktor kerja 9 tahun terus naik Gred UD54, pegawai perubatan latihan tidak lagi dipaksa bekerja secara terus selama 36 jam ditukar kepada kerja shift system, HO hanya 2 tahun dan terus menjadi UD41 serta macam-macam benefits lagi.

Pada ketika Malaysia mempunyai kewangan kukuh dengan sistem percukaian yang telus iaitu GST, Negara Malaysia dapat membangun, malah dapat menaikkan gaji penjawat awam, dapat memberi bonus lebihan, dapat membangunkan fasiliti kesihatan tambahan dan pelbagai lagi.

Tapi apabila PH ambilalih berapa ramai yang bersorak gembira apabila GST dimansuhkan dan yang paling utama jangan kita lupa apabila kita dimomokkan oleh Tun dan PH bahawa negara nak bangkrap jadi pegawai perubatan perlu dikurangkan, maka perlu full force kan sistem lantikan kontrak ini malah zaman PH jugalah yang hapuskan elaun-elaun doktor dan mulai zaman PH lah doktor-doktor  kontrak ini tidak disambung perkhidmatan.

Yes..semua itu polisi-polisi PH.Jangan kita lupa.

IHH juga telah dijual zaman PH kepada Mitsui Jepun dan sekiranya IHH ini milik Malaysia nescaya banyak lagi tempat pegawai perubatan kita dapat berkhidmat. Ingat ni adik-adik.

Now, kita bukan nak cakap soal politik tapi inilah hakikat yang kita perlu hadam apabila polisi yg caca merba tidak dibetulkan. Malah apabila nak dibetulkan negara tiada kemampuan itu kerana hari ini kita hidup dalam sistem cukai yang sangat terkebelakang, SST.

Apalah yang doktor-doktor kontrak ni faham akan perkara yang terjadi hari ini kerana mereka telah berasa sangat hopeless kini dan mereka juga turut merasakan bahawa tiada siapa lagi yang mampu membantu mereka.

Mereka telah keletihan betul, tapi fikirkan sama kenapa perkara ini berlaku.

Bagi organisasi besar seperti KKM dengan keadaan pandemik arini nyawa rakyat adalah yang paling penting. Ini hakikatnya.

Walaupun kita berharap satu hari nanti kewangan negara kita akan pulih dan GST dapat dikembalikan semula barulah negara dapat menguruskan masalah-masalah doktor kontrak ini. Percayalah.

Jadi pesanan ikhlas daripada saya, yang mungkin ada nak terima atau tidak:-

1.Tak perlulah mogok, cekalkanlah hati dan ingat kembali kenapa kita ingin menjadi seorang doktor.

2.Terimalah dahulu tawaran Kerajaan dalam masa terdekat ini bahawa kontrak anda akan disambung lagi dalam masa 2 tahun.

3.Apabila dah tukar Kerajaan nanti, GST dikembalikan barulah kewangan negara kukuh dan time tu barulah anda semua akan dilantik terus ke jawatan tetap.

4.Yang terakhir..ingat jangan sesekali lupa dan jangan tersalah pangkah lagi serta belajarlah apa jasa GST pada 170 Negara maju yang lain (jangan mudah ditipu lagi).

Sekian.

Akak senior.
Dr Masliha Harun
24 Julai 2021

Gambar dari media sosial.

 


 

No comments:

Post a Comment