Tuesday, 14 January 2025

APA MAKSUD “KHITAN”

 
Perkasakan bahasa Melayu bermakna meningkatkan tahap penggunaan bahasa Melayu dalam semua aktiviti kehidupan seharian. Malang sekali, banyak pula pihak yang memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan atau memperkenalkan istilah-istilah yang jarang ditemui atau mengundang salah faham maksudnya.
 
Contohnya perkataan “khitan” yang memang jarang digunakan dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tidak ada maklumat dalam senarai kata bahasa Melayu.
 
Kalau adapun perkataan khitan ialah dalam penggunaan perkatataan bahasa Indonesia, yakni khitan bermaksud “khatan” dalam bahasa Melayu, iaitu memotong kulup atau juga disebut sunat atau bersunat.
 
Perkataan berkhatan dan bersunat telah digunakan secara meluas dalam bahasa Melayu. Jadi, mengapa perkataan “khitan” pula digunakan? Apa tujuan sebenar? Ini mengelirukan pembaca atau pendengar. Cukup-cukuplah dengan pelbagai kekeliruan dan kekacauan penggunaan bahasa Melayu, jangan ditambah lagi dengan macam-macam perkataan.
 
Ya, penggunaan perkataan “khitan” lebih menepati untuk sebutan bahasa Arab. Ingatlah, kita menggunakan perkataan bahasa Melayu dan bukannya bahasa Arab. Kalau hendak memperbanyakkan perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu, elok terus sahaja menggunakan sepenuhnya bahasa Arab.
 
Bahasa Jiwa Bangsa.

No comments:

Post a Comment