Friday, 24 January 2025

TAHUN BAHARU CINA IKUT KLENDAR LUNAR

 
Tahun Baru Cina ialah perayaan 15 hari yang disambut oleh kaum Cina di seluruh dunia. Ia berlaku setiap tahun pada bulan Januari atau Februari, pada awal tahun baru mengikut kalendar lunar. 

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

Nama 12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.
 
Legenda mencatatkan bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai.
 
Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.
 
Setiap haiwan mempunyai ciri-ciri dan keunikan mereka tersendiri yang mempengaruhi nasib dan keperibadian seseorang bagi masyarakat Tiongha.
 
- Tikus: Simbol kecerdasan, ketekunan, dan nasib yang baik. Tikus juga dianggap sebagai simbol kekayaan karena kemampuannya mengumpulkan makanan.
 
- Kerbau: Mewakili kesabaran, ketekunan, dan kekuatan. Kerbau juga dianggap sebagai simbol kemakmuran dan kelimpahan.
 
- Harimau: Simbol keberanian, kekuatan, dan perlindungan. Harimau dianggap sebagai raja rimba dan membawa nasib yang baik.
 
- Arnab: Mewakili ketenangan, kecantikan, dan kelembutan. Arnab juga dianggap sebagai simbol nasib yang baik dan umur panjang.
 
- Naga: Simbol kekuatan, nasib yang baik, dan kekuasaan. Naga adalah makhluk mitos yang sangat dihormati dalam budaya Cina.
 
- Ular: Mewakili kebijaksanaan, misteri, dan kesuburan. Ular juga dianggap sebagai simbol nasib yang baik dan kekayaan.
 
- Kuda: Simbol kebebasan,tenaga, dan nasib yang baik. Kuda juga dianggap sebagai simbol laju dan keanggunan.
 
- Kambing: Mewakili kebaikan, kesabaran, dan kreatif. Kambing juga dianggap sebagai simbol nasib yang baik dan kemakmuran.
 
- Monyet: Simbol kecerdasan, kelincahan, dan nasib yang baik. Monyet juga dianggap sebagai simbol ingin tahu.
 
- Ayam: Mewakili ketepatan waktu, keberanian, dan kejujuran. Ayam juga dianggap sebagai simbol nasib yang baik dan kemakmuran.
 
- Anjing: Simbol kesetiaan, kejujuran, dan keberanian. Anjing juga dianggap sebagai simbol perlindungan dan persahabatan.
 
- Babi: Mewakili nasib yang baik, kemakmuran, dan ketulusan. Babi juga dianggap sebagai simbol kesuburan dan rezeki.
 
Tahun Baharu Cina atau Raya Cina 2025 jatuh pada hari Rabu, 29 Januari, dan tahun 2025 merupakan Tahun Ular mengikut kalendar lunar Cina. 
 

No comments:

Post a Comment