Rasulullah
SAW bersabda supaya menyampai suatu daripada baginda biarpun satu ayat? Salah
satu menyampaikan dakwah ialah melalui kata-kata.
Perlu
diingatkan, kita mungkin menyesal kerana tidak berkata-kata sesuatu perkara
sedangkan kita berpeluang menyatakan pada seseorang.
Di
akhirat nanti kita akan dipersoalkan oleh orang lain mengapa kita tidak
memberitahu kepada sesuatu kepadanya perkara yang sepatutnya dia tahu.
Berkatalah
perkara yang benar biarpun pahit. Kerana tidak mahu menyakitkan hati orang,
kita sebenarnya telah gagal melaksanakan tanggungjawab menyeru orang melakukan
kebaikan dan mengelak perkara buruk.
Kalau
dalam urusan lain kita boleh berurusan dengan seseorang, mengapa tidak dalam
perkara mendatangkan kebaikan.
Ambillah
kesempatan atau peluang ketika kita masih boleh berkata-kata untuk melakukan
kebaikan dan membantu orang lain melalui ucapan atau kata-kata kita.
Tetapi,
jika masih memilih untuk berdiam, itulah selemah-lemah iman dalam usaha
melakukan dakwah atau ‘mencegah’ perkara buruk.
Penggunaan
lisan atau lidah (perantaraan mulut) dalam kehidupan seharian adalah cara
komunikasi sesama manusia paling berkesan. Malah, binatang ‘boleh’ memahami
suara manusia.
Biarpun
manusia boleh berbahasa isyarat menggunakan anggota badan seperti tangan, mimik
muka dan gerak badan, berkomunikasi cara itu agak terbatas dan lebih sukar.
Justeru,
tepat sekali dikatakan lidah merupakan pancaindera terpenting. Sesiapa tidak
boleh bercakap atau bisu dikategorikan sebagai cacat atau kekurangan
pancaindera. Justeru, individu yang dikurniakan kebolehan bercakap dan sempurna
pancaindera lidah, perlu menggunakan anugerah Allah itu dengan
sebaik-baiknya.
Hal
ini perlu diberi perhatian, disebabkan tidak menjaga lidah banyak bencana
berlaku. Sebab itu senarai dosa melibatkan pancaindera lidah lebih banyak
berbanding pancaindera lain.
Abu
Bakar as-Siddiq pernah menunjukkan lidahnya kepada seseorang lantas berkata:
“Inilah mendatangkan hal-hal kebinasaan kepadaku.”
Sebab
itu pepatah orang tua ada mengingatkan ‘kerana mulut badan binasa’. Justeru
bila bercakap perlu berhati-hati agar tidak terkeluar perkataan mendatangkan
keburukan.
Sepatah
perkataan terkeluar, sukar untuk ditarik balik. Maka ingatlah kata-kata
‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa”.
No comments:
Post a Comment