Ahli
Parlimen UMNO yang masih menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dianggap
bertindak atas kemahuan sendiri kerana bukan lagi selari dengan pendirian rasmi
parti, kata Najib Razak.
“Ianya
pendirian peribadi mereka – bukan lagi selari dengan pendirian rasmi parti.
Jangan dikaitkan lagi pendirian mereka dengan pendirian UMNO,” kata bekas Presiden
UMNO itu di Facebook.
“Sekiranya
ianya pendirian peribadi masing-masing maka mereka akan tanggung akibatnya
masing-masing.”
Najib
beri amaran ahli UMNO akan ingat menteri dan Ahli Parlimen parti itu yang lebih
mementingkan jawatan, “yang membantu pihak kerajaan memperlekehkan titah
Raja-Raja”, atau lebih mempertahankan pemimpin parti lain berbanding parti
sendiri.
“…tetapi
membuta mata kepada kegagalan bersambung kegagalan kerajaan untuk membantu
rakyat dalam zaman pandemik,” tambahnya.
Ahli
UMNO juga akan ingat menteri dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional yang
sedemikian, katanya.
Najib
mengingatkan tak sampai dua tahun lagi rakyat akan memilih wakil masing-masing
pada PRU15.
“Rakyat
akan ingat siapa yang buat kerja bodoh seperti mengulang langkah-langkah
separuh masak berkali-kali yang terbukti gagal dan akhirnya membawa kepada
ribuan pengorbanan nyawa secara sia-sia dan penderitaan memanjang tak terhingga
pada rakyat,” katanya.
Kepada
para ketua UMNO dan BN, Najib mengingatkan nasib mereka di tangan akar umbi
parti.
“Siapa
ketua parti…juga bukan ditentukan oleh berapa akuan berkanun kamu berjaya
kumpul tetapi melalui pemilihan parti,” katanya.
Khusus
bagi pemimpin UMNO, Najib berkata ahli parti akan tahu “siapa yang kecut,
sorok, dan membisu serta siapa yang berani tampil ke depan untuk melawan dan
mempertahankan parti tiap-tiap hari dalam tempoh UMNO paling susah dan terancam
selepas PRU14.”
Kepada
pihak yang mempersoalkan kenapa beliau tidak menarik sokongan sebelum ini,
Najib menjawab: “Saya orang parti dan saya ikut keputusan rasmi parti”.
“Kini
UMNO sudah membuat keputusan rasmi. Jadi jangan lagi kritik UMNO bahawa kita
hipokrit. Kita buktikan tidak.” - FMT.
No comments:
Post a Comment