Siapa
dan apa pun kita ini, akan sampai satu fasa dalam hidup yang mana kita akan
katakan "cukuplah". Apa yang dikejar, diimpikan, direbut dan disukai
tidak lagi dipedulikan.
Ya...
aku sudah letih, aku dah puas, aku tidak menyukainya lagi, aku nak balik.
Itulah
fasa di mana kita mula memperlahankan rentak, merendahkan suara, memujuk
ghairah, mengurangkan mengata dan sengketa. Memperuntukan lebih banyak masa
bercakap dengan diri sendiri dari bercakap dengan insan lain.
Ketika
itu kita mula bersahabat baik dengan diri sendiri, dan kita mula menerokai
sesuatu yang dulunya kita tahu tapi tidak rasakan, dan saat itu kita mula
merasai kehadirannya, yakni jiwa.
Saat
itu, bergaduhlah engkau orang, aku tak ada masa. Kejarlah apa yang engkau orang
nak kejar, aku nak balik. Aku tidak minat lagi untuk berkejar-kejar dengan
sesuatu yang tidak pasti.
Kita
ibarat dalam sebuah perlumbaan lari, yang mana ketika peserta lain sedang lari
meluru ke garisan penamat, kita sedang lari semula ke belakang.
Saat
melihat mereka yang bertolak-tolak untuk ke garisan penamat, aku hanya
tersenyum dan mengatakan, percayalah, kejap lagi kau akan patah balik ke sini.
Kerana
penghujung perjalanan itu sebenarnya adalah kembali ke permulaan. Kita akan kembali
kepada Maha Pencipta. Segala apa yang diperoleh di dunia ini akan ditinggalkan
menjadi habuan orang lain. Bekal yang dibawa hanya dosa dan pahala.
Jadi,
berhati-hatilah dalam segala apa yang dilakukan. Perbanyakkan pahala, jauhi
dosa.
No comments:
Post a Comment