Rasulullah
SAW bersabda bermaksud: "Seorang Muslim ialah saudara kepada Muslim lain.
Dia tidak boleh menzalimi dan merendahkannya. Sesiapa yang memenuhi keperluan
saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang menghilangkan
satu kesulitan daripada seseorang Muslim, maka Allah akan melepaskan baginya
satu kesulitan daripada pelbagai kesulitan hari kiamat disebabkan perbuatannya
itu. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya
pada Hari Kiamat. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam
sebagai agama rahmat memelihara kesejahteraan umat manusia dalam semua aspek.
Allah SWT menjanjikan balasan baik kepada mereka yang membantu saudaranya.
Layanan
dan kata-kata baik juga mampu melembutkan hati yang keras atau menyedarkan
seseorang yang sudah melakukan kesilapan.
Justeru,
tanyalah diri adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab menjaga hak Mukmin
yang lain atau kita menjadi pihak yang mencabuli hak mereka.
Kenapa
agaknya kita tidak menggunakan hak untuk melindungi saudara kita. Bukankah
menjadi tanggungjawab setiap orang Islam memelihara hak Muslim lain?
Namun,
apa yang berlaku hari ini seolah-olah memperlihatkan masyarakat lebih mudah
mengambil sikap menghukum daripada membela dan menyedarkan saudara mereka yang
melakukan kesilapan seperti yang dapat dilihat di media sosial.
Satu
hak mukmin terhadap mukmin yang lain ialah terhindar daripada tindakan buruk
mukmin yang lain. Sebaliknya setiap orang mukmin adalah saudara kepada mukmin
yang lain.
Rasulullah
SAW bersabda bermaksud: "Seorang Mukmin dengan Mukmin lain adalah seperti
sebuah binaan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain." (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa
yang berlaku hari ini, masing-masing ingin menegakkan hak sendiri tanpa
mempedulikan hak orang lain. Akibatnya, berlaku salah guna hak yang
mengakibatkan perselisihan dan pergaduhan.
Disebabkan
terlalu ghairah menggunakan hak sendiri membuatkan kita terlupa untuk
menghormati hak orang lain.
Kita
menganggap adalah hak untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan memberi kemudahan
dan kesenangan atau kepuasan pada diri sendiri.
Sebab
itu ada orang meletak kenderaan merata-rata sehingga mengganggu atau menghalang
lalulintas. Begitu juga sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.
Semua
perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang melakukan sebarang
tindakan yang mendatangkan keburukan kepada pihak lain.
Gunakan
hak tanpa merampas hak orang lain.
No comments:
Post a Comment