Secara
etimologi, syariah bererti aturan atau ketetapan yang Allah SWT perintahkan
kepada hamba-Nya. Secara terminologi pula, syariah bermaksud penerapan seluruh
aspek kehidupan, sesuai ajaran Islam yang berkait masalah ibadat umum dan
khusus yang dinisbahkan kepada sumber hukum Islam.
Mahmud Syaltut mendefinisikan syariah sebagai aturan ditetapkan Allah SWT, supaya manusia mengadaptasi aturan itu untuk mengatur hubungan diri dengan Tuhannya dan hubungan dirinya dengan saudaranya Muslim, bukan Islam serta hubungan dengan alam semesta.
Mahmud Syaltut mendefinisikan syariah sebagai aturan ditetapkan Allah SWT, supaya manusia mengadaptasi aturan itu untuk mengatur hubungan diri dengan Tuhannya dan hubungan dirinya dengan saudaranya Muslim, bukan Islam serta hubungan dengan alam semesta.
Hal
yang demikian dapatlah difahami apabila Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang
terang. Sekiranya Allah SWT menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat
saja, tetapi Allah SWT hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya
kepadamu." (Surah al-Maidah, ayat 48)
Oleh
itu, syariah adalah satu cara hidup bagi umat Islam dan ia tidak hanya perlu
diamalkan mengikut bahagian tertentu saja. Namun dalam pelaksanaan syariah,
kita perlu teratur dalam melaksanakannya kerana khuatir ia akan mendatangkan
fitnah terhadap pelaksanaan syariah kerana tidak dipandukan nas jelas.
Menelusuri
sejarah, kita akan mendapati penjajahan terhadap masyarakat Islam memberi kesan
besar dengan meminggirkan sistem kehakiman dan undang-undang syariah yang mana
bidang kuasa syariah dihadkan kepada undang-undang diri serta beberapa aspek
kecil sahaja.
Pembebasan
penjajahan tidak secara automatik membebaskan umat Islam daripada belenggu
penjajahan itu sendiri kerana benih penjajahan sudah bersemadi dalam jiwa umat
Islam sepanjang tempoh dijajah.
Walaupun
secara undang-undang negara sudah merdeka, namun pemikiran dan ketaatan kepada
penjajah masih utuh dalam minda masyarakat. Hasilnya, kita dapati orang Islam
sendiri menentang usaha mengarusperdanakan syariah.
Syariah
tidak wajar diharmonikan dengan undang-undang lain tetapi undang-undang lain
itulah yang perlu diasimilasikan supaya tidak tergelincir daripada landasan
syariah.
Tiada
pilihan bagi umat Islam untuk memilih jalan selain daripada Islam kerana umat
Islam tidak teruja dengan kehebatan kemampuan akal fikiran manusia.
Ini
disebabkan betapa hebat manapun kemampuan akal fikiran manusia, ia masih lagi
di bawah takluk dan kawalan Yang Maha Esa. Begitu juga kebejatan akhlak,
sahsiah diri dan tatasusila dalam masyarakat adalah hasil pengasingan agama
daripada kehidupan seharian.
Jika
benarlah nilai hidup Barat itu yang terbaik kenapa masyarakat Barat sendiri
seolah-olah tercari-cari arah tujuan dan penanda aras bagi masyarakat mereka?
Malah
pandangan sekularisme yang membantah pemerintah mengawal moral atau sahsiah
diri menjadi pemangkin kepada kerosakan akhlak masyarakat kerana terlalu bebas
melakukan tindakan yang mereka fikirkan baik tanpa sesuatu piawaian yang
selaras.
Masyarakat
menjadi lunak mengenakan gaya hidup yang mereka dambakan tanpa mengambil kira
kepentingan umum.
No comments:
Post a Comment