Seperti tidak menjadi satu dosa, adakala kita
suka menjaja keburukan orang lain. Apa yang menghairankan, keburukan diri
sendiri tidak dilihat tetapi lebih mudah melihat keburukan orang lain.
Media
sosial yang sepatutnya memberi kebaikan untuk kita saling bertanya khabar dan
berkirim salam, sudah menjadi kawah menghimpunkan dosa.
Islam menuntut kita melihat kekurangan diri
agar dapat memperbaiki kelemahan. Memburukkan atau mengaibkan orang lain
sebenarnya memberi isyarat diri kita yang tidak betul.
Ibarat menunjuk jari
telunjuk kepada orang, satu kepada orang itu tetapi empat jari lagi menunding
diri sendiri. Ini bermakna bukan orang itu yang buruk tetapi diri kita lebih
buruk daripadanya.
Perangkap syaitan yang menggunakan pelbagai
cara untuk menghumbankan kita ke dalam api neraka sewajarnya dapat dijadikan
iktibar. Usah terpedaya dengan tipu daya hingga tergamak menjaja keburukan dan
membuka keaiban orang.
Jauhilah kamu
daripada mengumpat kerana dosa mengumpat itu lebih besar bahayanya daripada
zina. Sesungguhnya seseorang lelaki itu terkadang dia berzina lalu bertaubat
maka Allah menerima akan taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang mengumpat itu
tidak diampuni baginya sehingga dimaafkan oleh orang yang diumpatnya.
Zina adalah dosa
seorang manusia itu dengan Allah SWT dan terampun dengan bertaubat (melainkan
zina yang dilakukan dengan isteri orang, maka perlu dimaafkan oleh si-suami).
Mengumpat juga adalah
satu dosa besar tetapi hanya orang yang diumpat sahaja boleh memaafkan dosa
mengumpat itu. Kesan daripada perbuatan mengumpat adalah sangat buruk.
Firman Allah: “Janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujraat, ayat 12)
Pada zaman Rasulullah
SAW, dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan
kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini
ke pengetahuan Nabi, lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh
mereka muntah ke dalamnya.
Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke
dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah.
Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah:
“Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa
sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah.”
No comments:
Post a Comment