Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah menerima
penyerahan prototaip kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jenis
Toyota Corolla Altis 1.8 AT hasil Kerjasama UMW Toyota Sdn.
Kenderaan prototaip bagi tujuan kenderaan pembangunan dan
penyelidikan tujuan kegunaan operasi JPJ Malaysia akan dipandu uji oleh
Bahagian Penguatkuasa JPJ untuk tempoh enam bulan bagi mengenal pasti
kesesuaian kenderaan tersebut.
Kenderaan prototaip ini dilengkapi dengan Lampu Mata Arah
(Beacon Light) Wan-Ra Liberty 14 Bulb, Speaker Whelen Lo-Pro, dan Siren Whelen
HHS 3200 yang mematuhi spesifikasi, serta pelekat kenderaan yang reka bentuk
terbaharu dan dicadangkan khusus bagi kesesuaian untuk sesebuah kenderaan
operasi.
Sumber maklumat dan gambar - FB Jabatan Pengangkutan Jalan
Malaysia
22 April 2025