Tuesday, 22 April 2025

PENYERAHAN PROTOTAIP KENDERAAN PENGUATKUASA JPJ

 
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah menerima penyerahan prototaip kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jenis Toyota Corolla Altis 1.8 AT hasil Kerjasama UMW Toyota Sdn.
 
Kenderaan prototaip bagi tujuan kenderaan pembangunan dan penyelidikan tujuan kegunaan operasi JPJ Malaysia akan dipandu uji oleh Bahagian Penguatkuasa JPJ untuk tempoh enam bulan bagi mengenal pasti kesesuaian kenderaan tersebut.
 
Kenderaan prototaip ini dilengkapi dengan Lampu Mata Arah (Beacon Light) Wan-Ra Liberty 14 Bulb, Speaker Whelen Lo-Pro, dan Siren Whelen HHS 3200 yang mematuhi spesifikasi, serta pelekat kenderaan yang reka bentuk terbaharu dan dicadangkan khusus bagi kesesuaian untuk sesebuah kenderaan operasi.
 
Sumber maklumat dan gambar - FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
 
22 April 2025

No comments:

Post a Comment