Semua manusia disaran melakukan kebaikan
tanpa mengira agama anutan. Orang bukan Islam turut melakukan kebaikan atas
kepercayaan akan mendapat balasan baik pada masa kehidupan selepas kematian.
Setiap agama mengajar penganutnya
mempercayai hari pembalasan selepas kematian. Setiap perbuatan yang dilakukan
di dunia akan mendapat pembalasan.
Namun, di sisi Islam, apa yang dilakukan
bukan Islam tidak memberi nilai sepertimana ia dilakukan oleh orang Islam. Ulama
bersepakat mengatakan orang kafir yang mati tidak membawa apa-apa kebaikan.
Mereka hanya mendapat sedikit penghormatan ketika di dunia daripada kebaikan
dilakukan seperti berbuat baik sesama manusia, menderma dan memuliakan tetamu.
Mereka hanya mendapat kesenangan dan
penghormatan dunia manakala orang Islam mendapat kedua-dua manfaat daripada
kebaikan mereka.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mereka
yang kafir tiada apa yang dapat mereka hasilkan di akhirat manakala orang yang
beriman akan menuai hasil yang banyak di akhirat dan kurniaan rezeki yang
melimpah dalam kehidupan dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Orang kafir menarima balasan pedih bukan
sahaja atas perbuatan buruk dilakukan, bahkan siksaan itu atas sebab mereka
menolak kebenaran yang dibawa oleh Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka
yang kafir dan sesat akan menerima balasan berganda di akhirat kelak sebagai
balasan atas kesesatan dan kerosakan yang mereka lakukan.” (Surah an-Nahl, ayat
88)
Sesungguhnya, Islam dan iman menjadi syarat
utama untuk menerima ganjaran di akhirat dan diharamkan sama sekali bagi orang
kafir mendapat balasan baik di sana.
Alangkah eloknya orang bukan Islam yang
selama ini banyak melakukan perkara baik sesama manusia menerima Islam sebagai
jalan hidup yang mana mereka menikmati kebaikan ketika di dunia dan pahala
sebagai bekalan hidup di akhirat.
Membawa mereka ini bersama-sama melakukan
kebaikan sebagai orang Islam memberi peluang mereka mendapat pahala berganda.
Allah tidak mensia-siakan sesiapa yang mengesakan Dia dan turut melakukan
kebaikan.
Firman Allah bermaksud: “Jika kamu menolong
agama Allah SWT nescaya kamu akan mendapat pertolongan.” (Surah Muhammad, ayat
7)
Sesungguhnya pertolongan dari Allah amat
luas dan tidak terfikir dalam bentuk mana akan hadir. Yakinlah Allah itu
menepati janji.
No comments:
Post a Comment