Anak
istimewa memang istimewa. Perbuatan dan kata-katanya menghiburkan. Jadi, pelik
juga jika ada individu menjadikan anak istimewa sebagai tempat melepaskan
geram.
Tadi
menerima kiriman beberapa video dalam kumpulan WhatsApp mengenai program
berbuka puasa anjuran Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK). Salah satu video
tersebut rakaman perbualan seorang anak istimewa.
Apabila
ditanya suka tak makan di hotel (tempat program tersebut diadakan), dia
menjawab suka. Dia suka kerana boleh makan ikan duyung. Dia senyum dan ceria. Dan
tentu sekali kita yang mendengar terhibur.
No comments:
Post a Comment