Banyak sebab mengapa kahwin lewat yang antara lain berpunca sikap terlalu memilih, utama kerjaya, serah takdir dan tiada jodoh. Kes wanita lambat kahwin semakin meningkat, terutama yang berkerjaya dan tinggal di bandar.
Mereka
bukan tidak ada 'peluang' tetapi terlalu dikuasai pemikiran yang menyebabkan
peluang itu tidak menjadi kenyataan. Ada yang terlalu memilih pasangan
yang 'terbaik' sehingga gagal mendapatnya.
Ada
juga yang lebih memikirkan soal kerjaya. Katanya ingin berkahwin hanya apabila
matlamat kerjaya tercapai. Sesetengah pula tidak mahu memikirkan soal pasangan
hidup atas alasan terserah kepada takdir.
Apabila faktor material menjadi
keutamaan, maka banyak manusia tidak mempunyai pilihan selain daripada
berterus-terusan berusaha meningkatkan apa diingini dan akhirnya meninggalkan
fitrah menjadi seorang manusia itu sendiri.
Sifat lebih gemar berdikari dan
bijak membuat keputusan sendiri disebabkan pendidikan yang dimiliki boleh
diandainya penyebab kepada kecenderungan individu untuk tidak lagi mempercayai
institusi kekeluargaan.
Sebenarnya, perkahwinan sama sekali
tidak menyekat keinginan, hobi selagi mana ia berlandaskan kepada syariah dan
tidak berlaku pengabaian tanggungjawab.
Kita juga perlu wujudkan
persefahaman bahawa perkahwinan itu adalah perkongsian dan bukan pendominasian
ke atas mana-mana pihak kerana Islam sama sekali tidak pernah menzalimi
penganutnya.
Perkahwinan menggariskan peraturan
dan tanggungjawab yang berbeza kepada kedua-dua pihak agar semuanya mencapai
kebahagiaan.
Akibat
terlalu banyak itu dan ini, usia semakin meningkat dan 'saham' semakin menurun.
Ketika itu, kalaupun bersedia untuk berkahwin, sukar pula untuk mencari
pasangan yang inginkan mereka. Kalau adapun di kalangan yang sudah beristeri
atau duda. Kalau duda, itu tidak kisah. Masalahnya kalau bertemu suami
orang.
No comments:
Post a Comment