Kerajaan
Barisan Nasional (BN) adalah parti yang paling lama dapat memerintah sesebuah
negara. Rekod ini mengatasi parti lain di seluruh dunia. Namun,
rekod itu lebur pada PRU 14 lalu. Nasib itu seperti parti pemerintah
lain di luar negara yang satu persatu gagal mempertahankan kedudukan.
UMNO sebagai parti keramat Melayu
mesti berusaha mendapat kembali sokongan rakyat. Perjuangan bangsa yang dimulakan oleh
pemimpin dahulu mesti dipertahankan sampai bila-bila.
Seluruh
ahli UMNO perlu bekerja lebih kuat ke arah itu. Usaha dan tindakan yang lebih
berkesan untuk mendapat sokongan perlu dilipat gandakan. Penambahan gerak
kerja bukan saja dari segi kuantiti, tetapi juga kualiti.
Perjuangan
parti satu perkara yang penting. Kekuatan agama, bangsa dan negara
bergantung kepada pengorbanan ahli parti. Kesatuan fikiran yang utuh
berpaksikan kepada fakta yang benar. Ia tidak boleh dilakukan secara
main-main atau ambil mudah.
Dalam
merangka sesuatu program perlu ada matlamat, fokus, boleh ubah dan mempunyai
kaitan dengan apa yang ingin dicapai.
Penekanan
kepada matlamat amat penting. Jika melakukan sesuatu tanpa menetapkan
matlamat, sudah pasti tidak akan berjaya mencapai apa yang diinginkan. Ahli akan menjadi keliru dan tidak ada hala
tuju.
Matlamat
ialah untuk mendapat kembali sokongan rakyat. Perkara ini perlu dijadikan
keutamaan atau paling penting bagi setiap program yang dirancang.
Perkara
ini tidak sukar untuk dicapai jika kita memberi fokus terhadapnya. Beri
perhatian yang khusus terhadap apa yang dilakukan.
Usaha
ini bukan boleh dibuat main-main. Fikiran dan tindakan kita mesti jelas. Apa
yang diusahakan hendaklah dilakukan dengan penuh yakin. Jika hilang fokus, apa
yang dilakukan tidak menjadi.
Tidak
dinafikan memang terdapat banyak halangan yang tidak dijangka akan
berlaku. Justeru, perancangan yang dibuat itu mesti boleh diubah mengikut
keadaan semasa. Namun begitu, perubahan itu nanti tidak mengubah matlamat
asal dan tidak hilang fokus.
Satu
lagi cabaran yang perlu dihadapi ialah kekal sesuai dan diterima umum. Masyarakat hari ini sentiasa berubah mengikut arus perubahan zaman. Kita
diperkenalkan dengan istilah globalisasi, libralisasi, dunia tanpa sempadan dan
pelbagai perkataan baru.
Keadaan
ini menuntut ahli berubah dan bersedia menerima perubahan. Sebab
itu, rancangan yang dirangka perlulah bersesuaian dengan tuntutan semasa. BN tidak boleh lagi bernostalgia atau menggunakan kaedah lama dalam usaha
menarik sokongan rakyat.
No comments:
Post a Comment