Friday, 8 December 2017

BUAH TAMPOI DIMINATI ORANG DAHULU



Buah tampoi kini dikategorikan buah nadir. Pokok ini berbuah di batang dan dahan seperti rambai. Kulitnya tebal dan isinya macam buah rambai tetapi agak keras sedikit.

Buahnya sebesar bola tenis dengan isi berwarna putih. Rasanya masam manis dan ada jenis yang masam. Kulit buah ini akan terpecah kepada tiga bahagian apabila ditekan.

Nama botaninya Baccaurea macrocarpa dari keluarga Phyllanthaceae.  Buah tampoi pasti terkenal pada masa dulu. Sebab itu nama buah nadir ini dipilih sebagai nama tempat. 

Di Johor terkenal dengan nama tempat Tampoi yang sinonim dengan Hospital Permai. Selain itu di negeri-negeri lain juga terdapat nama tampoi yang diabadikan kepada nama tempat. 

Di Negeri Sembilan ada tempat dinamakan Sungai Tampoi. Di Dengkil, Selangor pula ada tempat dinamakan Bukit Tampoi. 

Manakala di Melaka ada Jalan Tampoi dan Kampung Tampoi.  Sungai Tampoi ada juga di Perak dan Sarawak, Bukit Tampoi ada juga di Kedah dan Perlis. 

Di Sabah buah tampoi juga dipanggil tampui. Di Kelantan pula buah tampoi dipanggil buah merkang, ngeke dan moke.

No comments:

Post a Comment