Parti
Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan di Tanah Malayu pada April 1930. Pada
zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah berkerjasama dengan pihak
British untuk menentang Jepun melalui MPAJA (Malayan Peoples Anti Janpenes
Army) atau Tentera Anti Jepun Tanah Melayu.
Selepas
Jepun menyerah kalah PKM mengambil kesempatan untuk menguasai Tanah Melayu
dengan menubuhkan Bintang Tiga. Ketika itu siri keganasan telah dilakukan PKM
terhadap penduduk Tanah Melayu.
British
kembali ke Tanah Melayu melalu pentadbiran tenteranya yang dikenali British
Military Administration (BMA) telah berusaha menggagalkan usaha Bintang Tiga
untuk terus mengusai Tanah Melayu. Serentak dengan itu MPAJA telah dibubarkan.
Apabila
Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Febuari 1948, PKM masih meneruskan
aktiviti pengganas dengan membunuh penduduk yang tidak menyokong mereka, selain
kemudahan awam dan harta benda penduduk dirosakkan.
Peristiwa
pembunuhan tiga orang pengurus estet bangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah
membawa kepada perisytiran darurat oleh Sir Edward Gent pada 15 Jun 1948 untuk negeri
Perak dan Johor. Sir Edward merupakan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada ketika
itu.
Apabila
keadaan semakin meruncing di seluruh Tanah Melayu, maka perisytiharan darurat sepenuhnya
telah dibuat pada 12 Julai 1948. PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Darurat
telah berlangsung sehingga 1960.
Perjuangan
bersenjata PKM terhadap pasukan keselamatan Malaysia tamat secara rasmi apabila
Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan PKM.
Namun,
muktakhir ini seperti ada satu gerakan untuk menghidupkan semula PKM dengan
gagasan pemikiran (idealogi) yang dipelopori oleh Karl Marx di Malaysia. Yang
terkini dianjurkan program-program tertentu untuk memperingati tokoh-tokoh
pendukung idealogi ini malah wujud desakan untuk mengiktiraf mereka sebagai
negarawan.
Selain
daripada itu, terdapat pula suara-suara yang mencadangkan supaya sejarah negara
ini ditulis semula khususnya sejarah sebelum kemerdekaan. Kesemua ini sudah
tentu menimbulkan persoalan tentang tujuan mengapa idealogi dan
pendukung-pendukungnya perlu diiktiraf?
PKM adalah antara pertubuhan yang mendukung idealogi Sosialisme Marxisme. Ia ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah negara Sosialisme atau masyarakat Komunis di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.
PKM adalah antara pertubuhan yang mendukung idealogi Sosialisme Marxisme. Ia ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah negara Sosialisme atau masyarakat Komunis di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.
Kewujudan
PKM adalah kesinambungan daripada Parti Komunis Nanyang (NCP) yang telah
ditubuhkan sebelumnya pada tahun 1925. PKM pada peringkat awalnya dipengaruhi
secara langsung oleh pengaruh Komunisme Russia dan kemudiannya Soviet Union
melalui golongan revolusioner yang menganggotai Parti Koumintang
China (CNP).
Golongan revolusioner ini
banyak dipengaruhi oleh Revolusi Sosialisme yang dipelopori oleh Lenin di
Russia. Mereka kemudiannya telah disingkirkan dari CNP. Sebahagian golongan ini
telah bermigrasi ke Asia Tenggara lalu menubuhkan NCP, di mana salah seorang
pelopor yang penting ialah Ho Chi Minh dari Indo China.
Demi bergerak secara lebih berfokus dengan menumpukan kepada wilayah-wilayah yang lebih kecil, NCP ini telah dibubarkan menjadi parti-parti Komunis yang lebih mewakili wilayah kecil seperti Parti Komunis Indo China, Parti Komunis Thai dan juga di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura ditubuhkan PKM.

Bermula
daripada detik itu, PKM mula menumpukan usaha untuk menjadikan Semenanjung
Tanah Melayu dan Singapura sebuah negara republik yang beridealogikan
Sosialisme. Dengan pengertian lain, PKM berhasrat untuk menumbangkan sistem pemerintahan beraja ketika itu.
Bagaimanapun, bila berlaku Perang Dunia Kedua pada tahun 1942, Soviet Union sendiri telah bersekutu dengan kuasa-kuasa Barat seperti Britain untuk menghadapi Jerman.
Bagaimanapun, bila berlaku Perang Dunia Kedua pada tahun 1942, Soviet Union sendiri telah bersekutu dengan kuasa-kuasa Barat seperti Britain untuk menghadapi Jerman.
Konflik
antara liberalisme dan sosialisme dilupakan seketika untuk menghadapi Jerman.
Demikian jugalah di Asia Tenggara, parti-parti Komunis ini telah bersekutu
dengan Britain dan lain-lain kuasa Barat menghadapi Jepun yang berpihak kepada
Jerman.
Di
Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura, PKM atas nama MPAJA telah dibantu oleh
tentera British untuk menghadapi Jepun.
Setelah selesai Perang Dunia Kedua, beberapa pemimpin PKM atau MPAJA telah diberi penghargaan oleh Britain termasuklah Chin Peng. Bagaimanapun, konflik antara blok Barat dan blok Timur telah bermula kembali, dan PKM telah sekali lagi mengangkat senjata untuk menubuhkan negara sosialisme di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.

Gerakan
mereka telah ditentang oleh pejuang Islam dan nasionalis Melayu yang mahu
mempertahankan sistem pemerintahan beraja, di samping mereka juga turut
menuntut kemerdekaan dari penjajah Barat.
Berdasarkan hakikat sejarah tersebut adalah tidak benar sama sekali untuk menabalkan PKM sebagai pejuang kemerdekaan. Kalau ingin memerdekakan negara, mengapa selepas negara mencapai kemerdekaan, PKM terus melakukan keganasan menentang kerajaan sehingga 2 Disember 1989, lebih 32 tahun selepas negara merdeka.

Sebenarnya,
tujuan utama mereka bukanlah untuk memerdekakan negara sebaliknya untuk
menjadikan negara ini sebuah republik sosialisme yang menolak sebarang kepercayaan
agama.
Pada
peringkat awal memang terdapat pejuang Islam dan nasionalis Melayu yang
menganggap PKM sebagai rakan kerjasama, tetapi sebahagian besar mereka
kemudiannya memisahkan diri dari bekerjasama dengan PKM apabila mula menyedari
tujuan sebenar PKM.
No comments:
Post a Comment