Pernah dengar tentang singa yang dikijangkan? Kisahnya bermula
seekor anak singa tercicir dari jagaan ibunya. Lalu singa itu tinggal bersama
kijang di hutan.
Dia dibesarkan bersama kijang-kijang lain. Mengikut apa sahaja yang
dilakukan oleh kijang seperti berlari dengan cara kijang berlari, makan apa
yang kijang makan dan berbunyi seperti bunyi kijang.
Selayaknya singa itu dipanggil kijang biarpun bentuk badan dan paras
rupanya adalah singa.
Sehinggalah suatu hari, sang singa bertemu dengan sekumpulan singa di
tepi tasik. Dia kagum melihat ketangkasan singa-singa tersebut.
“Waa!!!! hebatnya mereka berlari!!! Cara jalan mereka penuh dengan
keberanian!!!”, fikir si singa itu.
Pada ketika itu, kawan-kawsan si singa, iaitu kijang lari bertempiaran
melihatkan kedatangan kawanan singa tadi.
Si singa jadi keliru. Lalu dia ikut berlari. Setalah agak jauh dari
kawanan singa, si singa itu berhenti di tepi tasik dan terpandang wajahnya
sendiri di dalam air.
“Eh, kenapa rupa kawanan singa tu seperti diriku?” soal si singa di
dalam hati.
Kawanan singa tadi mengejar kijang-kijang lain. Seekor demi seekor
berlalu di tepi si singa tanpa mengganggunya...
“Hurm, tak kejar aku pun?” bisik hati si singa.
Dalam pada itu, salah seekor daripada kawanan singa tadi menghampiri si
singa dan berlaku hubungan mesra. Si singa jadi lebih keliru.
Si singa telah terputus hubungan dengan kumpulan kijang yang menjadi
sebahagian keluarganya. Lalu, si singa mengikut kawanan singa yang dirasakan
seperti keluarganya biarpun baru kenal.
Kawanan singa itu mengajarnya cara hidup seperti singa selayaknya. Lalu,
si singa berasa dirinya hebat seperti singa-singa lain dan terus hidup bersama
kawanan singa sebagai singa.
Bermula dari itu, si singa baru sedar bahawa dirinya adalah singa dan
bukannya kijang. Dia perlu menggunakan sepenuhnya kehebatan sebagai seekor
singa dan bukannya kijang.
Pengajaran kisah itu ialah kita kena diri kita dan mempunyai kekuatan
untuk menggunakan kelebihan yang ada pada diri. Jangan jadi mangsa perancangan
pihak lain. Lepaskan diri dari kongkongan mengatakan diri lemah dan tidak mampu
melakukan seperti orang lain.
No comments:
Post a Comment