Sunday, 9 February 2025

MAKSUD “COKENG”, “KEKONG” DAN “KEJONG”

 
Pengucapan atau perkataan dialek Kelantan banyak menggunakan kata penguat, tambahan kepada perkataan asal untuk menunjukkan tahap yang lebih.
 
Satu perkataan yang kerap digunakan dengan penambahan kata penguat ialah “keras”.
 
Kata penguat pertama ialah “keras kekong”, yakni bermaksud keras yang amat sangat atau keras yang lain daripada kebiasaan.
 
Kata penguat kedua ialah “keras kejong”, yang maksudnya ada sama dengan “keras kekong”.
 
Manakala penguat ketiga ialah “keras cokeng”, yakni keadaan keras yang menganjur tegak lurus atau berdiri terpacak. Keadaan ini sering dirujuk kepada keadaan zakar lelaki yang keras. 

Catatan - Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas.

 


No comments:

Post a Comment