Monday 12 June 2023

NIAT JAHAT KELUAR KERATAN AKHBAR LAMA

 
Di media sosial tersebar tangkap layar mengenai keratan akhbar yang bertajuk “Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad”. Gambar berkenaan juga mengandungi soalan Parlimen yang meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana perkahwinan seorang warganegara Malaysia beragama Islam yang berkahwin dengan seorang bukan Islam di luar negara secara sah apabila balik ke Malaysia dapat diktiraf di Malaysia.
 
Keratan akhbar tersebut sebenarnya pada tahun 2014. Kira-kira 10 tahun lalu dan pada ketika itu BN tidak berkerjasama dengan DAP.
 
Berkaitan soalan Parlimen bertarikh 8 Jun itu, sudah ada jawapan dari Menteri Agama pun. Boleh cari dalam website Parlimen.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, perkahwinan yang melibatkan antara orang Islam dan bukan Islam adalah tidak dibenarkan dan tidak diktiraf di bawah undang-undang.
 
Tangkap layar gambar yang tersebar itu turut diiringi dengan “rencana” atau tulisan berikut:
 
DAP CABAR AKIDAH ISLAM
 
Ahli parlimen DAP (Beruas) pernah minta kerajaan benarkan orang Islam murtad, dengan alasan kebebasan beragama. Orang Islam disuruh hormati hak untuk murtad.
 
Terkini, ahli parlimen DAP ni mahu kerajaan iktiraf pula perkahwinan antara orang Islam dan orang bukan Islam.
 
DAP paling banyak kerusi dalam parti kerajaan PH sekarang, dibantu PKR dan UMNO.
 
Adakah orang Islam sanggup bersekongkol dan serahkan kuasa kepada DAP dan sekutunya? Adakah tujuan DAP mahu umat Islam Malaysia alami kecelaruan akidah seperti di Indonesia apabila kahwin lain agama dibenarkan?
 
Bangkitlah orang-orang Islam. Buka mata.
 
Berita mengelirukan itu berniat jahat. Yang disebarkan ialah berita lama dan soalan yang ditinggalkan tanpa jawapan biarpun sebenarnya jawapan telah ada yang menjelaskan bahawa perkahwinan yang melibatkan antara orang Islam dan bukan Islam adalah tidak dibenarkan dan tidak diktiraf di bawah undang-undang.

Berhati-hatilah dengan orang bersifat munafik yang cakapnya adalah dusta. 

No comments:

Post a Comment