Wednesday 24 August 2022

WANITA BERSEMANGAT TINGGI SERTAI PERSATUAN

  
Penyertaan wanita dalam mana-mana parti, pertubuhan sukarela, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya kini semakin menyeluruh. Mereka turut menjadi penggerak dan pemimpin dalam badan-badan berkenaan. 
 
Penyertaan wanita dalam aktiviti luar itu tidak mengganggu tugas hakiki sebagai ibu dan isteri. Mereka bijak membahagikan masa dan tenaga untuk tujuan tersebut. 
 
Dalam keadaan mana tidak dapat meninggalkan anak di rumah ketika menghadiri aktiviti, mereka akan membawa bersama anak kecil ke tempat aktiviti, jika ia difikirkan boleh dilakukan sedemikian. 
 
Mereka melakukan aktiviti dengan penuh bersemangat dan tidak sekadar menjadi ‘penumpang’ dalam sesuatu aktiviti. Sumbangan tenaga dan fikiran mereka dilakukan pada tahap sebaik mungkin. 
 
Maka, tidak hairan jika setiap parti menubuhkan atau mempunyai sayat wania yang memberi sumbangan besar dalam memperkuatkan parti dan seterusnya mendapat sokong pada masa pilihan raya.

No comments:

Post a Comment