Tuesday 19 May 2020

KHASIAT NANAS BATU

Nanas batu dipercayai berasal dari timur tengah. Pokok nanas batu hampir sama dengan nanas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nanas biasa. Buah nanas batu mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nanas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.

Nanas batu boleh menolong mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dengan cara mengamalkan pengambilan seminggu sekali. Ia juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nanas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak. 
 
Buah nanas batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin. Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.

Untuk mendapatkan khasiat nenas batu ini kita hendak membasuh buah tersebut sehingga bersih, kemudian rendam ke dalam jag yang berisi air panas.

Biarkan selama satu jam sehingga buah nenas batu itu tenggelam. Setelah buah tersebut tenggelam, keluarkannya dari jag dan minum air rendaman buah tersebut.

Air rendaman tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari. Nenas batu yang telah direndam tadi boleh digunakan semula dengan menjemurnya sehingga kering di bawah sinaran cahaya matahari.

Kelopak buah nenas batu yang kering akan tertutup bila direndam dan berkembang apabila dijemur. Sekiranya kelopak buah nenas batu sudah tidak mampu berkembang apabila dijemur, menandakan khasiatnya telah tiada. Biasanya nenas batu boleh digunakan sehingga setahun atau lebih.

Perhatian: Wanita mengandung dilarang sama sekali meminum air rendamannya. Khuatir akan memberi kesan kepada anak kandungan. Boleh juga menyebabkan keguguran sekiranya diambil sewaktu mengandung.

Buah nanas batu dikatakan kaya khasiat. Antara kebaikan khasiat buah nanas batu ialah:
- Mengecutkan rahim selepas bersalin.
- Menjadikan ibu lepas bersalin awet muda.
- Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak.
- Melawaskan kencing.
- Mengelakkan sakit batu karang.
- Membantu melancarkan pembuangan angin.
- Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
- Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
- Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
- Membuang toksin dalam badan.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencantikkan bentuk badan.
- Menegangkan kulit.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete