Monday, 15 June 2020

RESIPI MASAK LEMAK BAYAM CAMPUR KELEDEK

Bayam antara sayur yang kaya khasiat dan mudah diperoleh di kebanyakan pasar. Bahkan, ramai yang menanam sendiri bayam. Manakala keledek atau ubi setelor pula antara jenis ubi yang sedap dan kaya khasiat.

Bayam dan ubi keledek amat sesuai untuk dijadikan sayur yang dinamakan masak lemak bayam campur keledek.

Bahan-bahan:
2 ikat sayur bayam (potong dan bersihkan)
3-4 tongkol keledek (saiz kecil)
3 ulas bawang merah
Sedikit ikan bilis
1/2 sudu lada hitam
1 cawan santan pekat
2 gelas air
Garam dan gula

Cara-cara:
- Buangkan kulit serta potongkan keledek.
- Rebus seketika, separuh masak, ketepikan.
- Tumbuk bawang merah, ikan bilis dan lada hitam.
- Masukkan dalam periuk, air, bahan tumbuk dan keledek.
- Masak sehingga mendidih.
- Masukkan garam, gula dan santan.
- Kacau supaya santan tidak pecah sambil masukkan sayur bayam.
- Biarkan masak dan sedia untuk diangkat

No comments:

Post a Comment