Wednesday 15 September 2021

EJAAN BETUL ‘BERKERJA’ ATAU ‘BEKERJA’

Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. Huruf 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'.

Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan.

Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dan sebagainya) untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan lain-lain) sesuatu .

No comments:

Post a Comment