Ponggal merupakan perayaan masyarakat Hindu
terutama di Tamil Nadu yang dirayakan pada bulan ‘Thai’ (sekitar pertengahan
Januari) dalam kalendar India. Ia sempena berakhirnya musim menuai, di mana
hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari.
‘Ponggal’ dalam bahasa Tamil bermaksud
‘merebus’, dan perayaan ini dirayakan sebagai perayaan kesyukuran bagi musim
menuai.
Ponggal juga merupakan nama nasi manisan yang
sering dihidang ketika perayaan ini. Di Tamil Nadu, perayaan ini dirayakan
selama empat hari iaitu The Bhogi Festival, Thai Pongal, Mattu Pongal dan
Kaanum Pongal.
Perayaan Ponggal di Malaysia. Kepelbagaian
budaya dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan keunikan di negara
ini. Setiap kaum mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang tersendiri.
Penganut agama Hindu merupakan penganut agama
keempat terbesar di Malaysia selepas Islam, Buddha dan Kristian. Pesta Ponggal
ini merupakan antara perayaan tradisi penganut Hindu di Malaysia.
Para ulama sepakat bahawa meraikan perayaan
keagamaan bukan Muslim adalah haram. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada
12 Apr 2005 telah menetapkan beberapa garis panduan dalam mengharuskan umat
Islam menghadiri majlis perayaan keagamaan bagi agama lain.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Hukum
makan juadah yang menjadi tradisi hidangan semasa perayaan tertentu adalah
dibolehkan selagi mana tidak ada kepercayaan tertentu yang melatari
penyediaannya dan juadah itu sendiri. Ianya sekadar juadah yang disediakan
secara tradisi, tanpa kepercayaan tertentu. Ini termasuklah juadah tradisi
Pesta Ponggal iaitu nasi manisan ‘Sakkarai Pongal’.
Jadilah kepelbagaian kita ini sebagai satu
kekuatan dalam membina perpaduan di negara kita yang tercinta ini.
Dalam meraikan kepelbagaian kaum dan agama di
negara kita, perlulah kita memastikan hukum hakam dan garis panduan yang telah ditetapkan
dipatuhi dan dihormati.
Sebenarnya banyak boleh dilakukan untuk meraikan
kepelbagaian kaum. Saling menghormati dan berbaik sangka terhadap kaum lain sudah
termasuk dalam memperkuatkan hubungan kaum. Mengapa hanya melalui perayaan sahaja
ingin dikaitkan dengan perpaduan?
Adat yang khusus bagi orang kafir adalah
tetap dilarang oleh agama Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesunggunya
pakaian ini adalah sebahagian pakaian orang-orang kafir maka jangan kamu
memakainya." (Hadis riwayat Muslim)
Dari Anas bin Malik katanya : "Nabi SAW
datang di Madinah, sedangkan penduduk Madinah mempunyai dua hari raya yang
mereka bermain-main (merayakan) pada keduanya. Nabi bertanya, ‘Apa dua hari
ini?’. Mereka menjawab, ‘Ini adalah dua hari yang kami bermain dan merayakannya
di masa jahiliyah!. Nabi bersabda, Sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya
dengan yang lebih baik, yaitu hari raya qurban dan hari raya puasa." (Hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan An Nasai)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barangsiapa
yang menyerupai suatu kaum maka dia dari kaum itu." (Hadis riwaya Abu
Daud, Ahmad )
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Hari
kiamat tidak akan terjadi hingga umatku mengikuti jalan generasi sebelumnya
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Lalu ada yang menanyakan kepada
Rasulullah, Apakah mereka itu mengikuti seperti Parsi dan Rom?. Baginda
menjawab, Selain mereka, siapa lagi?." (Hadis riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment