Wednesday, 25 June 2025

ECRL PEMANGKING TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM

 
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek mega yang diilhamkan oleh Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri merupakan pemangkin kepada transformasi sistem pengangkutan awam negara menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang melalui satu jaringan rel moden dan efisien.
 
Sehingga Mei 2025, kemajuan keseluruhan pembinaan ECRL sepanjang 665 kilometer telah mencapai 83.38 peratus, manakala bagi negeri Pahang sahaja, status kemajuan telah melepasi 86.03 peratus, melibatkan tujuh buah stesen sepanjang 258 kilometer, bermula dari Cherating hingga ke Bentong.
 
Selaras dengan pembangunan prasarana ini, Kerajaan Negeri Pahang turut merangka pelan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di sekitar setiap stesen ECRL dalam lingkungan radius 15 kilometer.
 
Usaha ini bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi setempat secara mapan, serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada rakyat.
 
Lebih penting lagi, laluan ECRL yang menghubungkan dua pelabuhan strategik negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan yang diyakini akan melonjakkan kedudukan Pahang, khususnya Kuantan, sebagai destinasi pelaburan utama negara.
 
Kesan limpahan ekonomi yang dijana daripada pembangunan ini akan terus dinikmati oleh rakyat di seluruh negeri.


Gambar - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail meninjau kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Stesen KotaSAS pada 26 Jun 2025.

No comments:

Post a Comment