Wednesday 1 November 2023

KENA BAYAR JIKA TIDAK MAHU LIHAT IKLAN

 
Facebook dan Instagram memperkenalkan perkhidmatan langganan kepada pengguna di kebanyakan negara Eropah sekali gus menyekat iklan daripada muncul di platform tersebut, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
 
Pengguna yang mempunyai platform dimiliki syarikat Meta itu perlu membayar €9.99 (RM50.43) sebulan sekiranya mahu menikmati pengalaman tanpa iklan.
 
Perkhidmatan tersebut  diperkenalkan untuk pengguna di Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) serta Switzerland bermula November 2023i.
 
Menurut Meta, langganan itu bertujuan untuk mengatasi kebimbangan yang disuarakan EU sebelum ini, dan bukannya mahu mengaut keuntungan.
 
“Pilihan untuk membeli langganan tanpa iklan mengimbangi keperluan pengawal selia Eropah sambil memberi pilihan kepada pengguna serta membenarkan Meta untuk terus berkhidmat kepada semua pihak di EU, EEA dan Switzerland,” kata Meta dalam satu kenyataan.
 
Pengguna akan diberi pilihan sama ada untuk terus menggunakan platform secara percuma di mana data mereka dikumpul, atau membayar untuk mengelak daripada iklan yang disasarkan.
 
Perkhidmatan itu akan mengenakan bayaran tambahan €3 (RM15) sebulan jika digunakan pada peranti iOS atau Android selepas mengambil kira yuran tambahan yang diambil oleh platform tersebut. – AGENSI 

No comments:

Post a Comment