Sunday, 2 February 2025

WANI JAYA ENTERPRISE

 
Wani Jaya Enterprise merupakan kedai mengedar barangan elektrik Panasonic yang kini mempunyai cawangan ketiganya, yang berada di dalam kawasan Bandar Baru Jelawat.
 
Pemiliknya, Datuk Ridhuan Foo Abdullah, merupakan Tokoh Hijratul Rasul 1432H bagi kategori Saudara Kita sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 2010.
 
Wani Jaya Enterprise telah beroperasi hampir 40 tahun. Ini adalah satu perkara yang membanggakan bagi rakyat Kelantan, khususnya bagi Ridhuan yang terus menjadi inspirasi kepada ramai usahawan di negeri ini.
 
Tahniah dan syabas kepada Ridhuan dan seluruh warga Wani Jaya Enterprise atas usaha dan kejayaan yang dicapai.
 
Semoga perniagaan ini terus maju dan menjadi model perniagaan yang berkat.

No comments:

Post a Comment