Sunday 11 February 2024

PENGGUNAAN SINGKATAN “HD”

 
Dalam bidang teknologi maklumat sering ditemui istilah “HD” iaitu singkatan perkataan bahasa Inggeris “high definition” yang bermaksud yang bermaksud “definisi tinggi”.
 
Biarpun singkatan definisi tinggi adalah “DT”, namun ia tidak popular. Singkatan "HD" lebih kerap atau banyak digunakan.
 
Justeru, singkatan “HD” telah diterima dalam bidang teknologi maklumat dalam bahasa Melayu.
 
Bagaimanapun, rakyat Malaysia dicadangakan supaya menggunakan istilah "definisi tinggi” untuk merujuk kepada singkatan “HD”  dalam sebutan atau tulisan penuh.
 
Yakni, penggunaan singkatan “HD” boleh digunakan, tetapi ketika sebutan penuh ia adalah “definisi tinggi”.
 
Contohnya penulisan ayat berikut. Imej definisi tinggi (HD) secara amnya merujuk kepada mana-mana sistem imej yang lebih tinggi resolusinya berbanding imej definisi standard (SD).
 
Dalam ayat tersebut istilah “definisi tinggi” dalam bahasa Melayu digunakan, tetapi singkatan yang digunakan adalah “HD” sebagai singkatan bahasa Inggeris “high definition”.
 
Ini kerana penggunaan singkatan “HD” dalam bahasa Melayu telah diterima dan difahami ramai.

No comments:

Post a Comment